Terminal RORO Sanglang bakal lancarkan hubungan ke Langkawi

Terminal RORO Sanglang bakal lancarkan hubungan ke Langkawi

KANGAR – Pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis berpotensi memperkukuhkan hubungan pengangkutan maritim ke Langkawi menerusi penyediaan terminal Roll-on Roll-off (RORO) yang lebih cekap, fleksibel dan kurang terikat kepada kekangan pasang surut air.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, kemudahan itu dirancang bagi melancarkan pergerakan kenderaan dan barangan selain meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan maritim antara Perlis dengan destinasi strategik lain.

“Kemudahan terminal RORO yang dirancang berpotensi menjadi pemangkin kepada kelancaran pergerakan kenderaan dan barangan di samping memperkukuh jaringan pengangkutan maritim antara Perlis dengan destinasi strategik lain khususnya Langkawi.

“Dengan penyediaan prasarana pelabuhan, kedalaman alur pelayaran dan kemudahan operasi yang bersesuaian Pelabuhan Sanglang berpotensi menyokong perkhidmatan yang lebih cekap, fleksibel dan berterusan tanpa terlalu terikat kepada kekangan pasang surut air,” katanya pada Majlis Peletakan Batu Asas Pembangunan Pelabuhan Sanglang, hari ini.

Menurut Abu Bakar, keupayaan pelabuhan tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan hubungan pengangkutan maritim, malah berpotensi memperkukuh jaringan perdagangan serta memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi dan logistik negeri.

arrow_forward_iosRead more
Pause

01:36
00:09
02:01
Mute

“Pelabuhan Sanglang berpotensi memperkukuh hubungan perdagangan maritim, Perlis Inland Port (PIP) menyokong kecekapan pengendalian dan pergerakan kargo, manakala Chuping Valley Industrial Area (CVIA) menjadi pemacu kepada pertumbuhan sektor perindustrian serta kemasukan pelaburan baharu.

“Kesepaduan ini bukan sahaja dapat meningkatkan daya saing Perlis, malah berpotensi mengukuhkan kedudukan negeri sebagai hab perdagangan, logistik dan perindustrian serantau sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content