News Centre

News Centre

News Filter

Latest News

BeritaTerkini
ARAU, 26 Feb (Bernama) — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggariskan lima langkah yang boleh diambil untuk menarik minat generasi Z menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS). Baginda bertitah lima langkah itu ialah sesuaikan program dengan nilai dan minat generasi Z; aktiviti fizikal yang menarik; menerapkan unsur kreativiti dalam latihan; penglibatan langsung dengan masyarakat dan penglibatan dalam perancangan serta keputusan. “Cabaran digital masa kini mencerminkan generasi yang pantas beradaptasi dan menginginkan hasil yang segera. Oleh itu, pendekatan yang lebih segar, inovatif dan selari dengan perkembangan semasa mampu menarik minat generasi ini untuk terus menyertai Kor SUKSIS serta memberi pengalaman yang bermakna buat mereka,” titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor SUKSIS Universiti Awam peringkat kebangsaan Edisi 2.0 di UniMAP di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim dan Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli. Baginda bertitah generasi Z merupakan bakal pemimpin masa hadapan dan merupakan aset negara yang penting khususnya dalam ekonomi digital dengan kemahiran teknologi yang tinggi, pemikiran kritis dan kreativiti yang luar biasa. “Saya percaya dengan mengikuti langkah-langkah ini, Kor SUKSIS pasti menjadi lebih relevan kepada mereka dan dengan pendekatan inklusif dan fleksibel dapat mengimbangi generasi ini dari segi struktur dengan fleksibiliti, disiplin dengan empati dan tradisi dengan kemodenan,” titah baginda. — BERNAMA

Kongsi:

104
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan Zakat Perniagaannya Bagi Tahun 2023 berjumlah RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Binjai, Utan Aji.

Kongsi:

102
KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa pendidikan bukan sahaja mengenai ilmu yang diterima, tetapi juga mengenai pembentukan sahsiah murid yang seimbang.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.