News Centre
News Centre
News Filter
Latest News
KANGAR 3 April – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperkukuh peranan dalam ekosistem kebajikan negeri ini apabila menyantuni semua rumah anak yatim dan pusat kebajikan yang beroperasi di Perlis.
- 2025/04/04 10:46 AM
- SUARA MERDEKA
PADANG BESAR 2 April – Antara solusi terbaik yang wajar dipertimbangkan untuk mengurangkan pelbagai risiko kepada anggota keselamatan yang bertugas di persempadanan negara khususnya Perlis-Thailand ialah penggunaan teknologi canggih seperti ‘dron’, radar, dan kamera pengawasan yang menggabungkan pelbagai jenis sensor untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku.
- 2025/04/03 11:35 AM
- SUARA MERDEKA
ARAU, 31 Mac- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail diiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 2,000 rakyat jelata di Dataran Istiadat, Istana Arau di sini.
- 2025/04/03 11:30 AM
- BERNAMA
PADANG BESAR 30 Mac – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus memperkukuh peranannya dalam mendukung pendidikan inklusif dan kebajikan golongan berkeperluan khas apabila menyampaikan peruntukan tahunan sebanyak RM120,000 kepada Persatuan Sokongan Ibu bapa Remaja Istimewa Perlis (PSRIP), yang menguruskan Pusat Autisme di negeri ini.
- 2025/04/03 11:28 AM
- SUARA MERDEKA
KANGAR 30 Mac – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Agihan Ziarah Dakwah Bil Hal sempena Program Ijtimak Amil Bilangan 3 Tahun 2025 berjumlah RM1.22 juta yang berlangsung di Masjid Al-A’la, Behor Temak baru-baru ini.
- 2025/04/03 11:25 AM
- SUARA MERDEKA
SIMPANG EMPAT 29 Mac – Syarikat permotoran, ESR Garage, tampil menyumbangkan sebanyak 20,200 ekor ayam segar kepada golongan asnaf di seluruh Perlis, sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersempena penghujung bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.
- 2025/04/03 11:21 AM
- SUARA MERDEKA