News Centre

News Centre

News Filter

Latest News

15
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Hi-Tea dan Himpunan Kenderaan Klasik Malaysia yang diadakan di Laman Warisan, Bandar Diraja Arau. Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengarah Urusan Ummul Travel And Tours Sdn.Bhd., Rizwan Ahamed Badruddin. Majlis ini telah dianjurkan oleh Ummul Travel And Tours Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Arau dan komuniti serta masyarakat setempat yang tinggal di sekitar Arau.

Kongsi:

12
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Anggaran Pendapatan dan Belanjawan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun 2025. Pelancaran tersebut menandakan permulaan pelaksanaan strategi MAIPs yang berfokus kepada keberlanjutan dan kebajikan umat Islam di negeri ini. Belanjawan tersebut telah diperkenankan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan diwartakan selaras dengan kehendak Seksyen 82 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis, menjadikannya panduan utama bagi perancangan kewangan MAIPs.

Kongsi:

10
Sudah tiba masanya untuk Mahkamah Syariah Negeri Perlis menimbangkan untuk meningkatkan sistem penyampaian dengan lebih berkesan sejajar dengan perkembangan teknologi pada hari ini. Ia juga selaras dengan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 yang telah memasukkan tambahan seksyen 72B iaitu memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengadakan perkhidmatan secara elektronik. Usaha-usaha ke arah mempercepatkan penyelesaian kes dan penyediaan rekod perbicaraan menggunakan teknologi terkini adalah antara yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, penggunaan sistem “Voice to Text” dalam perbicaraan. Sistem ini secara automatik mentranskripsi ucapan Hakim, Peguam Syari’e, saksi dan semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan ke dalam teks bertulis.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.