News Centre

News Centre

News Filter

Latest News

1 31
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kemahiran teknikal seperti AI, data analitik, dan automasi perlu dikuasai untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam dunia industri hari ini.

Kongsi:

1 34
KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penekanan Islam terhadap ilmu bermula dengan perintah ‘Iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’ mengingatkan umat manusia untuk mengintegrasikan kedua-dua ilmu sama ada berasaskan wahyu atau yang diperoleh, menyelaraskan iman dan sains demi manfaat kemanusiaan.

Kongsi:

3
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, Padang Besar malam tadi. Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 bagi pembelian keperluan tambahan untuk para penghuni di PPS tersebut. Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Isa, Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner, Baderulhisham Baharudin, serta Reswan Ramli yang mewakili Bahagian Pentadbiran Daerah j(BPD), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim. MENJAGA KESELAMATAN DIRI Semasa bertitah, Baginda menasihati para penghuni PPS agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga sepanjang berada di pusat pemindahan tersebut. Baginda turut mengingatkan agar mereka mematuhi segala arahan daripada petugas demi kelancaran pengurusan bencana. Setakat ini, terdapat tiga PPS utama yang dibuka di negeri Perlis, iaitu di SK Arau, SK Guar Nangka, dan SK Titi Tinggi, bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Lawatan ini mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap rakyat jelata, sekali gus memberi semangat kepada mangsa bencana untuk terus tabah menghadapi cabaran ini.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.