News Centre
News Centre
News Filter
Latest News
ARAU, 17 Jan (Bernama) — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pemahaman kebudayaan antara kaum akan mewujudkan sikap toleransi dan hormat-menghormati yang tinggi sekali gus dapat mengukuhkan perpaduan.
- 2025/01/20 9:51 AM
- BERNAMA
16 JAN. 2025, Agama Islam sentiasa mengajar umatnya untuk membina keperibadian yang baik, di mana ia tidak terletak pada penampilan luar semata-mata kerana lebih penting nilai-nilainya diamalkan dalam kehidupan seharian.
- 2025/01/20 9:48 AM
- Sholina Osman, Jendela Madani
KANGAR, 15 Jan (Bernama) — Projek Bandar Teknologi Maju Perlis (PATP) yang dirancang dibangunkan di Chuping bakal menjadi pemacu utama pembangunan ekonomi digital, sekali gus menjadikan negeri itu destinasi strategik pelaburan antarabangsa.
- 2025/01/17 9:33 AM
- BERNAMA
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) komited untuk terus menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistik, inklusif, dan menyeronokkan bagi memastikan anak-anak kecil mendapat asas pendidikan dan nilai yang kukuh.
- 2025/01/17 9:31 AM
- Suara Merdeka
Bangkok – Kangar akan menjadi tuan rumah Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2025 yang bakal berlangsung dari 24 Januari hingga 27 Januari 2025 di Dewan 2020 Kangar.
Bertemakan “Quran: The Divine Guidance”, konvensyen ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai penaja utama.
Konvensyen ini yang merupakan sebuah platform berprestij untuk mengupas isu penting dan memperkukuh hubungan global melalui diskusi ilmiah turut mendapat kerjasama daripada pelbagai organisasi antaranya The Straight Path Convention, Dakwah Corner dan Merdeka Times.
- 2025/01/17 9:28 AM
- Dewan Tamadun Islam
Perlis – Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri Perlis pada Mei 2024 dengan peningkatan sebanyak 0.08%, iaitu daripada 4.82 pada tahun 2022 kepada 4.74 pada tahun 2023.
- 2025/01/17 9:11 AM
- Dewan Masyarakat