News Centre

News Centre

News Filter

Latest News

1
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar prosedur operasi standard (SOP) menghadapi bencana seperti banjir, hujan lebat dan angin kencang, diperkemas. Ini bagi memastikan pengurusan bencana yang lebih sistematik dan berkesan. SOP tersebut perlu melibatkan pemimpin akar umbi seperti jawatankuasa masjid, JPKKP, MPKK dan kawasan rukun tetangga untuk memperkukuhkan pengurusan komuniti semasa bencana. Selain itu, perlindungan harta benda seperti rumah, dokumen penting dan barangan berharga juga perlu diberi perhatian bagi mengurangkan risiko kerugian. “Semua pihak harus serius mengambil tindakan berdasarkan amaran awal yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan. Rakyat pula diingatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa terutama apabila diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta keluarga,” titah baginda ketika meninjau kawasan terjejas banjir di Kampung Behor Mempelam dan Kampung Banat di Arau. Pengurusan bencana yang cekap melalui SOP yang diperkemas mampu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan impak bencana pada masa hadapan.

Kongsi:

1 37
KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Sempena ‘Tuanku Fauziah Travelling Fellowship Dinner’ yang diadakan di salah sebuah hotel di Kangar baru-baru ini.

Kongsi:

1 39
28 NOV. 2024 Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, Padang Besar malam tadi.

Kongsi:

1 41
ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Arau untuk meninjau keadaan mangsa banjir di kawasan tersebut.

Kongsi:

1 42
ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ‘Para pelajar memerlukan strategi asas yang mantap jika mahu menjadi individu yang berjaya sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum kerana sebarang kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan juga pengorbanan’.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.