News Centre
News Centre
News Filter
Latest News
Majlis pelancaran ulangtahunnya itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) Dr Haji Hazman Hassan merangkap Pengerusi beserta Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan.
Menurut Hazman, bersempena ‘Mahrajan’ ini, jawatankuasa Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail memperuntukkan pengurniaan yang disampaikan oleh baginda kepada kategori-kategori berikut:
1. 62 orang asnaf kariah Masjid itu menerima sumbangan bagi bulan November dan Disember 2020. Bersempena Mahrajan ini para asnaf turut menerima sumbangan ‘one-off’ RM100. Maka setiap asnaf membawa pulang RM200.27 July 2020
2. 24 orang anak yatim.
3. 13 orang Asatizah iaitu guru-guru agama yang memimpin majlis-majlis ilmu di masjid ini.
4. 4 orang fasilitator iaitu pembimbing kepada kelas Al-Quran Braille untuk OKU penglihatan dan ‘kelas mukmin junior’ untuk anak-anak dibawah 15 tahun.
5. 5 orang peserta terbaik kelas OKU penglihatan dan 11 peserta terbaik kelas mukmin junior.
6. 6 orang petugas masjid yang merangkumi pegawai masjid pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan penjaga tanah kubur Islam Kampung Lin.
7. Cenderamata kenangan kepada Jemaah mithali yang meliputi 10 orang jemaah contoh lelaki dan 10 orang jemaah contoh wanita. serta
8. Anugerah Jasamu Dikenang kepada Ustaz Mohd Noor Hisham Rosli imam masjid tersebut yang kini bertukar sebagai imam kariah Repoh.
Disamping itu Masjid tersebut turut menjemput pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta yang berjiran dengannya seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perhutanan, Jabatan Penyiaran Malaysia dan Telekom Malaysia yang sentiasa memberi sokongan padu kepada aktiviti pengimarahan Masjid ini.
Untuk rekod, masjid berkenaan adalah sumbangan wakaf daripada dana peribadi Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail.
Projek wakaf pembinaan ini diselia sendiri oleh suri Almarhum iaitu Almarhumah Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Hajjah Budriah Tengku Ismail. Kemuncaknya, masjid yang dibina berasaskan ibadah wakaf ini, telah dirasmikan sendiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-12 iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Raja Perlis pada 8 November 2005.
Terdahulu turut diadakan ialah simbolik ‘Tawsil’ Perkhidmatan Pengangkutan Percuma Untuk Temujanji Hospital Dengan Menggunakan Van Serbaguna MTSPJ yang disumbangkan oleh Bank Rakyat’, pelancaran pasukan futsal remaja masjid, memperkenalkan ‘Like Facebook MTSPJ’ serta kuliah maghrib khas bertajuk ‘Berkati Harta, Tenangi Jiwa’ yang disampaikan oleh Juara Imam Muda Musim Ke 3, Ustaz Abdul Jabbar Mohammed Kahar Al-Hafiz (Imam Muda Jabbar).
- 2020/12/02 9:48 AM
- Bernama
Kegawatan yang sedang berlaku kesan daripada pandemik COVID-19 mutakhir ini mengakibatkan ramai rakyat yang terkesan dan telah kehilangan pekerjaan atau mata pencarian serta mengalami masalah kewangan.
Justeru itulah, pelbagai pendekatan dan solusi perlu dicari dan dilaksanakan bagi menghadapi situasi ini. Maka salah satu cara dilihat berpotensi bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi yang dihadapi adalah dengan melakukan perniagaan secara lebih kreatif melalui platform ‘online’ atau atas talian.
Rentetan itulah di dunia teknologi hari ini juga, masyarakat perlu melengkapkan diri dengan ilmu tersebut dan sentiasa seiring dengan perubahan semasa demi kelangsungan hidup yang lebih baik.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Penutup Ziel Entrepreneurship Masterclass 2020’ yang diadakan di Ants Hotel Bintong, Kangar pada petang semalam.
Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan atas inisiatif PENJANA melalui kerjasama Ziel Global Sdn. Bhd. dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) itu disambut oleh Pengasas Ziel Global Sdn Bhd, Mustasam Abbasi
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohammad Hazam Ismail dan Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri, Ahmad Nizam Samsoo.
Tuanku Raja Muda turut berharap agar program selama 6 hari melibatkan 52 orang peserta dari kalangan B40 tersebut sedikit sebanyak akan dapat membantu dan mempertingkatkan lagi daya kreativiti dan inovasi dalam usaha memajukan perniagaan masing-masing dan seterusnya melahirkan usahawan dari negeri Perlis yang sentiasa cekal serta berdaya saing.
- 2020/11/30 8:40 AM
- Utusan Online
KUALA PERLIS – Pemergian anggota PGA, mendiang Sarjan Baharuddin Ramli merupakan kehilangan besar kepada semua pihak malah pengorbanan dan jasa yang dicurahkan akan sentiasa dikenang.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mendiang merupakan wira negara yang sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut merakamkan ucapan takziah balu mendiang Baharuddin, Relow Ko atas pemergian suaminya..
“Saya berharap keluarga mendiang akan terus tabah mengharungi ujian kehilangan ahli keluarga mereka,” titah baginda ketika Majlis Penyerahan Mesin Penapis Air untuk kegunaan anggota PGA di Pos PGA Bukit Putih, di sini semalam.
Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi Selasa lalu Baharuddin, 54, meninggal dunia di lokasi selepas di tembak di Padang Besar ketika sedang bertugas.
Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen turut mengutuskan ucapan takziah kepada Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji serta seluruh anggota Briged Utara Pasukan Gerakan Am Polis DiRaja Malaysia terutama Pasukan Batalion 3 PGA yang diketuai oleh Superitendan Rosman Kasman atas pemergian mendiang Sarjan Baharuddin.
Di kesempatan tersebut juga, baginda berdua menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh seluruh anggota Briged Utara PGA dalam menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.
Baginda turut mendoakan seluruh warga kerja serta keluarga anggota PGA sentiasa berada dalam keadaan sihat, dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.
Terdahulu, baginda menyempurnakan majlis penyerahan mesin penapis air sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk kegunaan para anggota PGA.
Hadir mengiringi baginda sempena program MAIPs Peduli ke-67 di perkarangan kampus Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Kuala Perlis itu ialah Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Sebanyak tiga buah keluarga asnaf terpilih membabitkan anak kariah Masjid Saidina Abu Bakar Kampung Seberang Ramai di sini menerima sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs.
- 2020/11/30 8:37 AM
- Bernama
Raja Muda Perlis hargai semangat anggota PGA
KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menghargai komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh seluruh anggota Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.
Baginda mendoakan agar seluruh warga kerja pasukan tersebut serta seisi keluarga mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat, dilanjutkan usia serta dipermudahkan segala urusan.
Dalam masa yang sama, baginda turut merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, atas pemergian suaminya itu yang terkorban semasa menjalankan tugas.
“Sesungguhnya pemergian mendiang merupakan kehilangan besar buat kita semua. Pengorbanan mendiang dan segala jasa bakti yang dicurahkan oleh mendiang amatlah dihargai dan akan dikenang.
“Mendiang merupakan wira negara yang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis penyerahan mesin penapis air sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk kegunaan para anggota PGA di kawasan Pos PGA Bukit Putih, Kuala Perlis di sini, hari ini.
Yang turut hadir Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintenden Rosman Kasman; Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.-UTUSAN ONLINE
- 2020/11/30 8:36 AM
- Utusan Online
KANGAR, Nov 28 ― The Raja Muda of Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail and Raja Puan Muda of Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil have expressed condolences to the wife of the late Sergeant Baharuddin Ramli who was killed in a shootout with smugglers.
Tuanku Syed Faizuddin hoped Relow a/p Alang and her family continued to be strong in wading through ordeals and indeed the demise of Sergeant Baharuddin on Tuesday was a loss to all.
He said the sacrifices and deeds of Sergeant Baharuddin were of unfathomable value and would continue to be remembered.
“Sergeant Baharuddin is a national hero who sacrificed his life to defend the sovereignty of the country,” he said in a statement issued by the Perlis Islamic Religious and Malay Customs (MAIPs) today.
Both their Majesties also sent condolence messages to the PGA North Brigade commander SAC Abdul Ghani Mohamad Ji and the PGA Third Battalion headed by Supt Rosman Kasman at the loss.
“Our utmost thanks at the commitment and spirit shown by the PGA North Brigade in carrying out their duties to defend the national sovereignty.
Their Highness prayed that all its personnel and families were always in good health, given a long life, provided ample sustenance and that all their tasks be facilitated.
In the incident early on Tuesday morning, other than Baharuddin, 54, his colleague Sergeant Norihan a/l Tari, 39, was seriously injured in a shootout with a group of smugglers about 600 metres from the TS9 control post on the Malaysia-Thai border in Padang Besar, Perlis. ― Bernama
- 2020/11/30 8:32 AM
- Bernama
KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukan zakat bagi bantuan persekolahan di negeri ini berjumlah RM4.3 juta bagi tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya sekitar RM3.9 juta.
Agihan tersebut akan memberikan manfaat kepada 8,666 pelajar merangkumi 5,263 orang murid sekolah rendah dan 3,403 orang pelajar sekolah menengah di seluruh Perlis.
Jumlah tersebut adalah tidak termasuk dengan penerima dari kalangan pelajar sekolah agama rakyat yang turut akan disalurkan bantuan secara berasingan.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap pelajar terbabit akan menerima sumbangan RM500 yang akan disalurkan melalui kerjasama pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh sekolah negeri ini.
“Ia merangkumi bantuan RM200 untuk pakaian sekolah dan buku yang akan diurusakan oleh pihak sekolah dan sumbangan RM100 yang akan diamanahkan kepada ibu bapa pelajar atau penjaga.
“Selain itu, RM200 untuk pelaksanaan aktiviti kecemerlangan pendidikan dan sahsiah yang akan ditadbir oleh pengurusan sekolah melalui kerjasama PIBG. Program berkenaan hendaklah untuk manfaat kepada pelajar yang terlibat sahaja,” titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan MAIPs 2021 di Dewan Sri Pulai, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis di sini hari ini.
Berangkat sama pada majlis tersebut, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah JPN negeri, Naharudeen Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.
Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih atas kerjasama pihak pengurusan sekolah, barisan guru serta pihak PIBG seluruh Perlis yang turut terlibat menjayakan proses mengenalpasti dan melaksanakan agihan bantuan kepada para pelajar ini. -UTUSAN ONLINE
- 2020/11/27 10:14 AM
- Utusan Online