Pusat Berita

Pusat Berita

Tapisan Berita

Paling Terkini

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat negeri Perlis yang dikasihi, semua kerabat DiRaja serta rakan taulan di mana sahaja mereka berada.

Kongsi:

Kementerian Perpaduan Negara bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis akan menganjurkan Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 di Laman Putra Brasmana, Kuala Perlis pada 30 Jun 2024 yang akan datang nanti.

Kongsi:

Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail petang semalam berangkat terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak selepas menghadiri Mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Tentera Darat Malaysia (TDM) Siri Ke-35/2024 di Hotel Pullman, Kuching.

Kongsi:

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis telah berjaya merangkul 4 Anugerah Inovasi dan 3 Anugerah Kontraktor Cemerlang sempena Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2024 yang telah berlangsung pada 27 Mei sehingga 29 Mei di KSL Esplanade Hotel, Klang baru-baru ini.

Kongsi:

Dua orang atlet woodball dari Perlis telah mengharumkan nama negeri ini di peringkat kebangsaan selepas Azhar Abdul Wahab dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Terbuka Lelaki dan Amsyar Sirhan Saifullah Saharuddin pula Juara bagi kategori Remaja Lelaki dalam Grand Final Sirkit Kebangsaan 2023 di Kejohanan Woodball Kebangsaan Ke-18 bagi tahun 2024 bertempat di Laman Woodball Vision Park, Bertam, Pulau Pinang. Manakala bagi Kejohanan Woodball Kebangsaan kali ke-18 2024 telah menyaksikan tiga atlet woodball dari Perlis telah dinobatkan sebagai Juara iaitu Hasfizal Samad bagi kategori Lelaki Terbuka, Asmawana Aziz bagi kategori Wanita Terbuka dan Muhamad Aiman Haizad Ariff Fadhilah bagi kategori Remaja Lelaki.

Kongsi:

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah Azza Wajalla, kita diberikan kesempatan untuk memperbanyakkan amalan soleh di sepuluh hari yang terawal dalam Bulan Zulhijjah 1445H. Menjelang ketibaan Aidiladha, setelah dipersembah maklum dan mendapat ampuni limpah perkenan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, maka sukacita dihebahkan berkaitan Pelaksanaan Solat Aidiladha bagi tahun 1445H / 2024M seperti ketetapan berikut:

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content