19 Julai 2025 | Kuala Lumpur — Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri sesi hari kedua The Kuala Lumpur Men’s Fashion Week (TKLMFW) 2025 yang berlangsung penuh gemilang di M Hotel & Resort, Bukit Kiara.
Keberangkatan Baginda disambut mesra oleh Pengasas merangkap Pengerusi TKLMFW, Tengku Sri Kelana D’Raja, Datuk Sri Raja Rezza Shah.
Hari kedua acara berprestij ini mempersembahkan pelbagai koleksi fesyen yang memukau, termasuk tema “Spices of Indonesia”, serta koleksi eksklusif “Figure” oleh pereka tersohor tanah air, Datuk Sri Bernard Chandran. Turut menyerikan pentas ialah persembahan khas daripada Persatuan Pereka Bumi (Bumi Designer Association).
Barisan pereka dan jenama yang turut mengambil bahagian dalam pertunjukan kali ini termasuk Gee Batik oleh Sugeng Waskito, SENSOJI oleh Antique, Jeny Tjahyawati, Ulin Songket, Savitri X Dekranasda Provinsi Kalimantan Barat, Shannelom Yuma, Nani Rachmat serta pereka undangan istimewa, Calvin Thoo.
TKLMFW 2025 terus mencipta ruang pertemuan antara seni, budaya dan gaya hidup moden lelaki dalam suasana penuh elegan dan kontemporari.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia