18 tan Sampah Dikutip Sempena Mega Plogging Challenge Kuala Perlis

18 tan Sampah Dikutip Sempena Mega Plogging Challenge Kuala Perlis

KANGAR 5 Okt. – Lebih 18 tan sampah berjaya dikutip oleh para peserta di sekitar Kuala Perlis menerusi program Mega Plogging Challenge sempena sambutan Hari Terbuka Kuala Perlis 2019 yang berlangsung meriah di

Padang Semarak, Seberang Ramai di sini hari ini.

Sampah yang berjaya dikumpul dalam pertandingan yang bermula dari pukul 8.30 sehingga 10 pagi itu, membabitkan tujuh buah kampung di sekitar Kuala Perlis
Kumpulan yang menjuarai Mega Plogging tersebut berjaya mengumpul sebanyak 1,082 kilogram (kg) sampah sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.
Program tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir di dalam program tersebut, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Nor Azam Karap; ADUN Sena, Asrul Nizan Abd. Jalil dan ADUN Indera Kayangan Gan Ay Ling.

Selain program Mega Plogging Challenge, pelbagai aktiviti menarik lain diadakan termasuk pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan.

Sementara itu, Noor Amin ketika ditemui selepas program tersebut berkata, pertandingan berkenaan adalah kemuncak daripada siri program sama yang diadakan sebelum ini.

Katanya, seramai 1,000 orang peserta menyertai pertandingan yang disifatkan cukup meriah dalam memupuk kesedaran masyarakat menjaga kebersihan serta keindahan sesuatu kawasan itu.

“Program seperti ini berjaya menggalakkan masyarakat untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan Kuala Perlis yang menjadi destinasi pelancong sebelum ke Pulau Langkawi,” katanya.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.