230 Peserta Sertai Kayuhan Rotary Club di Perlis

230 peserta sertai Kayuhan Rotary Club di Perlis

KANGAR 18 Ogos – Seramai 230 orang peserta menyertai Kayuhan Rotary Club ‘Cycle4Life 2019 Perlis Discovery’ yang bermula di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini, hari ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melepaskan para peserta terdiri daripada dua kategori iaitu 28 dan 88 kilometer.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Presiden Kelab Rotary Perlis, Tajul Haslam Tajudin.

Turut hadir ialah District Governor Kelab Rotary, Lioh Cheng Lim.

Turut diadakan pelbagai aktiviti menarik antaranya penjagaan kesihatan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) serta pemeriksaan kesihatan dan pergigian oleh Jabatan Kesihatan Perlis.

Lebih 500 orang peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sampingan termasuklah zumba dan mewarna.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.