Forum Kemerdekaan Diserikan Dengan Keberangkatan Pasangan Diraja Peris

KUALA PERLIS 29 Ogos – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri dan seterusnya merasmikan ‘Forum Kemerdekaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2019’ bertajuk “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih” yang diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai, Kuala Perlis pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Ahli-ahli panel yang diundang ialah Abdul Jabbar Mohammed Kahar Al-Hafiz yang juga dikenali sebagai Imam Muda Jabbar (Juara program Imam Muda Musim Ke-3), Firdaus Wong Wai Hung (Multiracial Reverted Muslims – MRM) dan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu (Ketua Pegawai Operasi One Centre Malaysia, Perlis). Program ini dimoderatorkan oleh Shafiy Zakaria daripada JAIPs.

Tambah istimewa ialah ketiga-tiga ahli panel diundang yang datang dari tiga kaum yang berbeza itu telah mengenakan pakaian tradisional kaum masing-masing iaitu Melayu, Cina dan India.
Bersempena program berkenaan juga Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan beserta sekalian yang hadir menunaikan solat maghrib dan kemudiannya isyak secara berjemaah. Turut diadakan ialah pengurniaan bantuan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih dalam kariah berkenaan oleh baginda berdua.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content