Ketepi Perbezaan, Hidup Lebih Harmoni – Raja Muda Perlis

Putrajaya, 1 Nov. 2019 – Umat Islam perlu mengetepikan perbezaan di antara sesama kita dan bersatu bagi memastikan bahawa masyarakat boleh hidup di dalam sebuah suasana yang lebih harmoni.

‘Kita perlu memperbaharui mesej da’wah dengan memastikan kandungannya bebas daripada dicemari oleh apa-apa jua unsur yang berbaur ekstremisme dan kekerasan serta menambah baik cara penyampaian da’wah yang menjadikannya lebih sesuai dengan masa dan tempat,’ titah Baginda.

Menurut Baginda, Islam adalah bersifat sejagat dan menyampaikan mesej rahmat. Seperti di dalam Al-Quran, Surah Anbiya, ayat 107 “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘The 7th Regional Da’awah Conference (RDC) 2019′ yang diadakan di Everly Hotel, Putrajaya baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation (HCF), Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut mengingatkan bahawa dalam dunia yang kian berubah ini ditambahi pula dengan lebih banyak konflik politik dan keadaan yang tidak menentu, tingkah laku dan moral masyarakat juga sering turut terseret jauh daripada erti kehidupan yang sebenarnya.

“Tidak ada alasan lagi untuk kita menangguhkan lagi pencarian kepada jawapan kepada persoalan tersebut bagi kita sebagai umat Islam, kerana sudah jelas kita mengetahui bahawa Islam adalah wahyu daripada Allah, Al-Qur’an itu sebagai kitab terakhir dan Nabi Muhammad Salallahualihi Wasallam merupakan Rasul yang terakhir. Kehidupan Rasulullah itu sendiri telahpun memberikan kita setiap garis panduan asas yang kita perlukan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dengan jalan yang terbaik,” titah Baginda.

Untuk rekod, seramai lebih 250 orang pendakwah-pendakwah dari 20 buah negara di rantau Asia Pasifik dan beberapa negara permehati lain dari Timur Tengah dan Eropah menghadiri RDC7 2019 pada kali ini. RDC 2017 dan 2018 telah dilangsungkan di Kangar, Perlis sebelum ini.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content