MAIPs Agih RM81,330 Peruntukan Tambahan Bantuan Zakat

MAIPs agih RM81330 peruntukan tambahan bantuan zakat

KANGAR 29 Ogos – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan RM81,330 lagi peruntukan tambahan untuk ‘fasa kedua’ bantuan zakat kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana ribut melanda negeri Perlis pada 9 Ogos 2019 baru-baru ini.

Ia menjadikan jumlah penuh sumbangan MAIPs yang diagihkan setakat ini iaitu bagi fasa pertama dan kedua sebanyak RM742,491.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan fasa kedua tersebut yang disekalikan bersempena dengan program ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 20 bagi tahun 2019’ yang diadakan di Masjid Al Ghufran, Batu 2 Jalan Kaki Bukit Kangar.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengerusi Jawatankuasa masjid berkenaan Ramli Jusoh.
Mohd. Nazim pula menambah bahawa pihak MAIPs bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis dalam melaksanakan lawatan dan tinjauan ke rumah kira-kira 1200 mangsa bencana ribut itu. Selain MAIPs dan JKM Negeri Perlis, beberapa agensi lain termasuklah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta para sukarelawan dan juga banyak yang lain lagi turut tampil kehadapan bagi sama-sama terlibat menghulurkan bantuan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.