Pasangan Diraja Perlis Hadir Majlis Santapan Anjuran UMK

KOTA BHARU 19 Sept. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis santapan diraja yang dihoskan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Dewan Keusahawanan Kampus Kota universiti berkenaan di Kota Bharu, Kelantan pada jumaat malam lalu.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacob, Naib Canselornya, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail serta kedua-dua timbalan beliau, Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob (Akademik dan Antarabangsa) serta Prof. Dr. Zaliman Sauli (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Berangkat sama ialah Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan dan Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin.

Di majlis tersebut tetamu diraja serta sekalian yang hadir disajikan dengan puisi istimewa yang disampaikan oleh Datuk Abdul Rahman Shaari dan Datuk Abdul Aziz Deraman serta persembahan kebudayaan oleh para pelajar dan juga warga kerja UMK.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah berangkat ke Kelantan bagi menerima undangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bersama-sama Pusat Sukan dan Kebudayaan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Kelantan bagi menyertai program berbasikal dan juga berjalan kaki amal ‘Royal Fun Ride Generasiku Sayang (GKS) 2019’ pada pagi sabtu 14 September lalu yang bermula dan berakhir di pekarangan Hospital Tumpat bagi membantu menjana sumbangan dana untuk kegunaan Rumah Generasiku Sayang Negeri Kelantan.

Bersempena majlis tersebut juga, Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyampaikan sumbangan RM500 setiap seorang kepada 20 pelajar muslim (daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis – MAIPs) dan dua pelajar bukan muslim (daripada Yayasan Tuanku Syed Putra -YTSP- Perlis) yang berasal dari Perlis dan baru sahaja melaporkan diri di UMK untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content