Raja Muda Perlis Berangkat ke Tabligh Akbar Serumpun

Indonesia, Pekanbaru, Riau, 12 November 2019 – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri forum ‘Tabligh Akbar Serumpun’ berjudul ‘Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah Di Era Milenial’ yang diadakan di Masjid Raya An-Nur Pekanbaru, Riau pada malam semalam.

Program tersebut dimoderatorkan oleh Dr Saidul Amin. Dua ahli panel undangan ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ulama Riau, Dr Mawardi M. Salleh.

Turut hadir mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Terdahulu Tuanku Raja Muda Perlis dan delegasi menunaikan solat isyak berjamaah di masjid terbesar di provinsi Riau berkenaan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content