Raja Muda Perlis Berangkat Sempurnakan Program Sasterawan -D- Universiti Siri 1

Raja Muda Perlis Berangkat Sempurnakan Program Sasterawan D Universiti Siri 1

Pauh Putra, 29 Okt. 2019 – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Program Sasterawan -D- Universiti Siri 1 Bagi Tahun 2019-2020’ yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alamnya di Pauh Putra pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP turut berkenan menghadiri ‘Wacana Apresiasi Bahasa Dan Sastera Kebangsaan’ sempena ‘Pelantikan Sasterawan Negara YBhg. Prof Datuk Dr Zurinah Hassan Sebagai Profesor Adjung UniMAP’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan ‘Pameran Sasterawan -D- Universiti (UniMAP)’ sebelum bersama-sama sekalian yang hadir mendengar syarahan umum yang disampaikan oleh Prof Datuk Dr Zurinah berjudul ‘Kebitaraan Bahasa & Kesusasteraan Kebangsaan : Nilai Insan Kejuruteraan’.

Dalam perkembangan lain, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP) telah melancarkan buku terbaharu berjudul ‘Salasilah Perlis : Asal Usul Pemerintahan Jamalullail’ yang disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt, Jerman pada 16 Oktober 2019 lalu.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.