Raja Muda Perlis Berkenan Saksi MoU MyLeaf, International Children Camp Rusia

Raja Muda Perlis Berkenan Saksi MoU MyLeaf International Children Camp Rusia

19 Oktober 2019, Kuala Lumpur – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia Tropical Environment Adventure and Fellowship Society (MyLEAF) bersama International Children Camp, Artek, Rusia hari ini.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis menandatangani MoU itu juga adalah bersempena International Camping Fellowship (ICF) – Asia Oceania Camping Congress 2019 Malaysia bermula 17 hingga 21 Okt depan.

Persidangan bertema ‘Camping Sustainability-Nurturing Culture for Future Leader’ itu turut menghimpunkan beberapa panel jemputan dari negara luar antaranya Rusia, Jepun, Australia, China dan Turki dalam membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan kelestarian dan kepimpinan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.