Raja Muda Perlis Lawat Hospital Pakar Damansara 2, Tinjau Teknologi Perubatan Terkini KPJ Healthcare

14 Julai 2025 | Kuala Lumpur

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), salah satu hospital terkemuka di bawah pengurusan KPJ Healthcare Berhad.

recommended by

AI Automation Agency Hub
Bayan Lepas’s Youngest Millionaire Shares How To Get Rich
A 28-year-old woman in Malaysia became a millionaire like this
Learn more
Keberangkatan tiba Baginda disambut mesra oleh Ahli Lembaga Pengarah KPJ Healthcare Berhad, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, bersama Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Chin Keat Chyuan serta barisan pengurusan kanan syarikat.

Sepanjang lawatan, Baginda berkenan meninjau beberapa fasiliti utama hospital termasuk Jabatan Radiologi, Klinik Pesakit Luar dan Unit Endoskopi. Taklimat khas turut dipersembahkan kepada Baginda mengenai kemudahan berteknologi tinggi yang ditawarkan oleh DSH2, antaranya sistem Kapsul Endoskopi berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) – yang merupakan sistem pertama seumpamanya di Asia Tenggara – serta peralatan rehabilitasi terkini untuk mempercepatkan proses pemulihan pesakit.

Baginda turut berkesempatan melawat kawasan ‘Open Garden’ yang disediakan bagi meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal pesakit serta meninjau pelbagai lagi kemudahan moden yang mencerminkan komitmen DSH2 dalam memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

Terdahulu, Tuanku Raja Muda juga berkenan menyertai program berbasikal ‘Kayuhan Care for Life’ anjuran KPJ Healthcare Berhad yang berlangsung di sekitar Mutiara Damansara dan Bandar Utama, bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat.

Lawatan ini mencerminkan sokongan berterusan Baginda terhadap inisiatif kesihatan awam dan pembangunan kemudahan perubatan bertaraf tinggi demi manfaat rakyat.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content