Raja Muda Perlis Melawat Mangsa Kebakaran

Raja Muda Perlis melawat mangsa kebakaran

KANGAR 12 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melawat mangsa kebakaran di Kampung Raja Congah, Abi Padang Melangit, Kangar pada petang semalam.

Sebanyak dua buah rumah terjejas teruk iaitu sebuah habis hangus 100 peratus manakala yang satu lagi 40 peratus musnah ekoran kebakaran yang berlaku pada kira pukul 4.30 petang hari sabtu lalu.

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada setiap seorang di antara kedua mangsa berkenaan iaitu Ibrahim Seman yang menerima bantuan penuh baik pulih rumah MAIPs dan Wan Adnan Seman menerima sebahagian sumbangan baikpulih rumah MAIPs dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dalam kunjungan tersebut.
Terdahulu, di lokasi yang sama seramai 40 sukarelawan daripada kalangan pelajar dan warga kerja Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademiknya, Jamazuki Othman turut mengadakan gotong-royong bagi membantu membersihkan kawasan rumah mangsa terlibat yang juga adalah salah seorang kakitangan PTSS Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.