Raja Muda Perlis Rasmi Bulan Sukan Negara

Raja Muda Perlis Rasmi Bulan Sukan Negara

KANGAR 6 Okt. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Bulan Sukan Negara 2019 peringkat negeri ini di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, hari ini.

Majlis tersebut diadakan bersempena Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas bagi pusingan ke-7 tahun ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Belia dan Sukan negeri, Hamizan Hassan dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Norhazita Kamaludin.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd. Yusof dan Pegawai Kewangan negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Terdahulu sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang di pentas utama, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen diperkenalkan kepada para pelumba CP150 yang bertanding dalam perlumbaan tersebut.

Baginda berdua kemudian dibawa melawat khemah promosi.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.