Raja Muda Perlis Sertai Kayuhan Ria Diraja Generasiku Sayang 2019

Raja Muda Perlis sertai Kayuhan Ria Diraja Generasiku Sayang 2019

TUMPAT 14 Sept. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Kayuhan Ria Diraja Generasiku Sayang 2019 Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) di perkarangan kuarters Hospital Tumpat, di sini hari ini.

Hadir sama berangkat Raja Puan Muda Perlis Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Lebih meriah turut mengiringi baginda Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz dan Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Pengerusi Persatuan Generasiku Sayang Kelantan, Dr. Zaini Hussin.

Program julung kali dianjurkan JKNK dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Generasku Sayang Kelantan itu disertai 1700 peserta tempatan termasuk delegasi dari Perlis dan Narathiwat, Thailand.

Pengarah Program Kayuhan Ria Diraja, Dr. Mohd Azman Yaacob berkata, program kayuhan itu diadakan bertujuan menjana pendapatan untuk kelangsungan ekonomi pusat perlindungan Rumah Generasiku Sayang bertempat di kuarters lama pergigian daerah Tumpat.

Katanya, disamping itu memupuk kesedaran serta menjadi platform terbaik memberi informasi berkesan kepada masyarakat kepentingan menangani gejala sosial dan menggalakkan cara hidup sihat.

“Program Generasiku Sayang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan Oktober 2015 yang disempurnakan oleh Pemaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

“Sementara program Generasiku Sayang peringkat Kelantan pula dilancarkan oleh Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan rumah bekenaan dibina bagi menempatkan remaja serta wanita hamil luar nikah dan bayi yang bakal lahir,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, pelbagai aktiviti telah diatur seperti senamrobik, larian, busking, persembahan kebudayaan, liga penalti, street soccer, food truck dan cabutan bertuah.

Sementara itu katanya, program kayuhan melibatkan delegasi diraja melibatkan sejauh 15 kilometer (km) manakala kategori terbuka 35km, sementara berjalan kaki sejauh 5km.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.