Alor Setar, 1 Nov. 2019 – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyertai Program Kayuhan Santai ‘YSB Fellowship Ride 2019’ sejauh 25km yang bermula dan berakhir di Keriang Hill Resort, Mukim Gunung Keriang, Alor Setar pagi tadi.
Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Tunku Temengong Kedah, Datuk Seri DiRaja Tan Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Turut serta ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Hj Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris.
Program kayuhan ini adalah anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB). Esok lebih 500 peserta akan mengambil bahagian di dalam kayuhan terbuka sejauh 65km bermula dan berakhir di lokasi yang sama.
Di akhir program, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah berkenan menyempurnakan penyampaian medal kepada para peserta VVIP yang mengambil bahagian.
Kayuhan tersebut melibatkan penyertaan seramai lebih 200 orang jemputan terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan agensi di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Kedah dengan melalui jalan-jalan kampong dan pinggir bandar serta laluan batas ban.
Tarikh kemaskini: 5/1/2025