Raja Perlis Lancar Tengkolok ‘Putra Julang Darjat’

Raja Perlis lancar tengkolok Putra Julang Darjat

ARAU, 4 Sept – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tiga, kanan) berkenan mendengar penerangan mengenai ciri-ciri ikatan tengkolok (tanjak) yang dipersembahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran Tengkolok Perlis di Istana Arau hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga, kiri).
Turut hadir Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri).

Pada majlis tersebut Tuanku Raja Perlis telah berkenan memasyhurkan tengkolok tersebut dengan nama Tengkolok ‘Putra Julang Darjat’.

Tengkolok ini akan mula dipakai dalam istiadat rasmi Diraja dan majlis-majlis rasmi di Negeri Perlis bagi menggantikan Tengkolok ‘Dendam Tak Sudah’.

Ikatan tengkolok tersebut adalah sama seperti tengkolok yang pernah dipakai oleh Almarhum Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika istiadat pertabalan baginda pada tahun 1949 dan majlis menandatangani Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Menurut sejarah, cara ikatan tengkolok berkenaan telah diikat sendiri oleh Almarhumah Raja Perempuan Perlis Tuanku Hajah Tengku Budriah Tengku Ismail.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.