Raja Puan Muda Perlis hadir Majlis Jamuan Teh

Kuala Lumpur, 10 November 2019 – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menerima undangan bagi menghadiri ‘Majlis Jamuan Teh’ yang dianjurkan oleh ELO Water Malaysia di Ballroom Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Perunding Perubatan, Datuk Dr. Syed Abdul Aziz Syed Zin Benyahya yang mewakili ELO Water Malaysia dan Dr. Nadzri Datuk Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Nadi Medispa.

Berangkat sama ialah Che Puan Besar Hajjah Haminah.

Di majlis tersebut Tuanku Raja Puan Muda Perlis dan sekalian para tetamu dipersembahkan taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh Dr. Robert Lyons dari Budapest, Hungary yang juga merupakan pengasas KAQUN Water dari European Kaqun dan Dr. Nadzri berkenaan dengan topik “Unlocking The Mysteries Of Human Body”.

Anak kepada Dr. Robert iaitu Anicko Brown sendiri turut berkongsi penerangan tentang pengalaman beliau hidup sendiri sebagai penghidap kanser pancreas tahap 4 hingga sembuh sepenuhnya

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content