Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail : Pewaris Takhta Jamalullail

Kangar, 30 Disember 2019 – Tanggal Isnin 30hb Disember 2019 ialah hari ulangtahun keputeraan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang ke 52.

Baginda yang diputerakan pada 30hb Disember 1967 dan berkelulusan Sarjana Muda Ekonomj (B.Ec.) daripada La Trobe University Melbourne Australia prihatin dengan kebajikan rakyat jelata telah mencetuskan program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ ke segenap pelosok negeri bagi mengagihkan sendiri sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sejak tahun 2013 lagi.

Tahun 2019 ini sahaja sebanyak 76 kali kayuhan diadakan melibatkan RM8,064,000 disumbangkan kepada seramai 13,440 orang asnaf terpilih. Masing-masing menerima agihan zakat MAIPs sebanyak RM600 setiap seorang daripada baginda.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini baginda telah mengetuai beberapa misi kemanusiaan MAIPs bagi membantu pelarian Syria di Jordan (2016), pelarian Rohingnya di Cox’s Bazaar, Bangladesh (2017) dan ke Baitulmuqadis, Palestin pada tahun 2018.

Baginda juga menginisiatifkan program ‘Promosi Masakan dan Makanan Perlis’ bagi memperkenalkan negeri ini di mata dunia ke beberapa bandar di 24 buah negara sejak sepuluh tahun yang lalu dan pada tahun ini sahaja telah turut diadakan di Ranong, London, Dubai, Tbilisi dan Shanghai bersempena lawatan-lawatan baginda.
Selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, sejak 13 tahun yang lalu Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Komander rejimen berkenaan mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Perlis melawat dan memberi sokongan moral kepada para anggota keselamatan tentera dan polis yang bertugas jauh di perbatasan pada musim perayaan di kawasan ‘Op PASIR’ ke pulau-pulau di perairan timur Sabah di dalam bulan Ramadan.

Dalam arena sukan pula komitmen tinggi baginda memperkenalkan woodball di Perlis sehingga berjaya membawa negeri ini dipilih sebagai tuanrumah Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) Perlis 2020 dari 24 hingga 30 Julai yang akan datang nanti setelah sebelum ini juga pernah diberi mandat menjadi tuanrumah Kejohanan Woodball Asia dan juga Kejohanan Woodball Universiti Dunia dengan jayanya.

Dirgahayu Tuanku! Daulat Tuanku!

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content