KOTA SAMARAHAN: Sekali lagi Unimas akan mengadakan majlis konvokesyen pada bulan depan. Sebanyak 4,000 graduan ijazah sarjana muda, sarjana, dan PhD akan menerima skrol mereka.
Menurut Naib Canselor Profesor Datuk Mohamad Kadim Suaidi berkata, ketika ini Unimas mempunyai 16,000 pelajar. Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di kampus Unimas, ketika kunjungan baginda, semalam.
Kadim berkata, sebagai universiti kelapan dan ditubuhkan selepas Wawasan 2020, universiti pertama di Sarawak itu telah mengeluarkan 44,000 graduan dalam pelbagai disiplin ilmu. Katanya lagi, Unimas mempunyai 830 pensyarah termasuk 70 orang dari luar negara. “Unimas juga mempunyai sepuluh fakulti,” katanya.
Tarikh kemaskini: 5/1/2025