Wakaf Berpotensi Luaskan Manfaat Kepada Golongan Sasar – Raja Muda Perlis

Makkah Al Mukarramah, Arab Saudi , 18 Disember 2019 – Ibadah Wakaf Berpotensi Untuk Meluaskan Manfaat Dan Kebajikan Kepada Golongan Sasar Dari Kalangan Penerima Manfaat Wakaf.

Pihak pewakaf dan pengurus wakaf boleh mengembangkan manfaat wakaf dengan mengetengahkan idea-idea baharu selaras dengan perkembangan teknologi ke arah mengoptimum impak manfaat daripada sesuatu wakaf.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan berangkat menerima undangan bagi melawat ‘Muzium Menara Jam di Bangunan Wakaf Raja Abdul Aziz’ di kota Mekah Al Mukarammah, Arab Saudi pada petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda berdua Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda sekeluarga yang kini berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadat umrah disambut oleh Pegawai Penerangan muzium berkenaan, Khulud Aishanqiti.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut kagum melihat susun atur muzium berkenaan selain turut berkesempatan menunaikan solat di atas Menara Jam yang menjadi mercu tanda di kota Makkah tersebut.

Dalam usaha ini, Baginda menegaskan pigak MAIPs akan sentiasa komited melaksanakan peranannya untuk mewujudkan projek pembangunan wakaf berimpak besar untuk kebaikan masyarakat.

Sebagai contoh, pembinaan ‘Bangunan Wakaf MAIPs’ untuk perkhidmatan dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar adalah antara komitmen MAIPs untuk mengembangkan potensi wakaf.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Raja Muda Perlis seisi keluarga turut meluangkan masa melawat ke bandar sejarah Taif yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Kota Makkah dan berkenan melawat Pusat Penghasilan Produk Bunga Ros, Muzium Asy-Syarif, Masjid Ibnu Abbas RA dan pasar buah Taif.

Pegawai Kementerian Pelancongan Arab Saudi, Muhammad M. Alhumaid dalam ucapan alu-aluan beliau mengundang umat Islam yang berkunjung ke tanah suci untuk melawat ke bandar Taif yang telah merakamkan pelbagai peristiwa dakwah dan kebangkitan Islam khususnya di era Baginda Nabi Muhammad SAW.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content