Raja Muda Perlis Terima Taklimat JLKN, Perkukuh Agenda Pembangunan Belia Negara

Raja Muda Perlis Terima Taklimat JLKN, Perkukuh Agenda Pembangunan Belia Negara

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah taklimat daripada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Marzuki Mokhtar dalam satu sesi yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) JLKN, Samad Igom.

Taklimat tersebut menjadi platform bagi JLKN mempersembahkan perkembangan terkini pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 serta membincangkan pelbagai aspek berkaitan pembangunan modal insan, kepimpinan belia dan pembentukan jati diri generasi muda negara.

Dalam pertemuan itu, Tuanku Raja Muda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia turut berkenan menyampaikan pelbagai titah serta sumbang saran bagi memperkukuh keberkesanan program berkenaan dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Pertemuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkukuh agenda pembangunan belia negara menerusi program yang berteraskan disiplin, semangat kenegaraan dan kecintaan kepada tanah air.

PLKN 3.0 yang dibuka semula pada Januari 2025 kini terus diperkasakan melalui pelaksanaan latihan di beberapa kem Askar Wataniah di seluruh negara. Setakat ini, program berkenaan telah dijalankan di Kem 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Selain itu, kemudahan latihan di Malbatt Village, Port Dickson turut digunakan secara sementara bagi melatih peserta PLKN Siri 2 Tahun 2026.

Bagi Siri 3 Tahun 2026 pula, sebuah lagi pusat latihan akan dibuka di utara Semenanjung iaitu di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri. Program latihan tersebut dijadual berlangsung dari 11 Julai hingga 24 Ogos 2026 melibatkan tempoh latihan selama 45 hari.

Pembukaan kem latihan di Perlis dilihat sebagai langkah strategik dalam memperluaskan pelaksanaan PLKN 3.0 selain memperkukuh peranan negeri itu sebagai antara lokasi penting dalam pembangunan kepimpinan dan sahsiah generasi muda negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.