SINGAPURA, 14 Ogos 2026: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus memperluas jaringan kebajikan rentas sempadan apabila menyalurkan sumbangan bantuan Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan kesulitan atau kecemasan di Singapura. PlatformLAUNCHPAD
Ketahui lebih lanjut
Filem
Platform LAUNCHPAD
Kewartawanan & Berita Industri
Penyerahan simbolik sumbangan itu disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Menurut kenyataan MAIPs hari ini, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan institusi itu untuk memperluas manfaat zakat kepada golongan memerlukan, termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
recommended by
As-Salihin
Pastikan harta anda sampai kepada waris
Jangan tunggu, sediakan pelan sekarang
Ketahui lanjut
Inisiatif berkenaan sekali gus melengkapi peranan beberapa Perwakilan Malaysia terpilih di luar negara sebagai barisan hadapan dalam membantu menjaga kebajikan rakyat Malaysia di perantauan.
MAIPs berkata, pendekatan itu membuktikan komitmennya menjadikan zakat sebagai instrumen kebajikan yang dinamik dan responsif terhadap keperluan semasa, termasuk ketika berlaku situasi kecemasan di luar sempadan negara.
Pada majlis berkenaan, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Ismail Mohamad Bkri turut mempersembahkan taklimat kepada baginda berdua mengenai hubungan Malaysia-Singapura serta peranan perwakilan negara dalam menjaga kepentingan rakyat Malaysia.
Menurut beliau, Malaysia dan Singapura terus mengekalkan hubungan diplomatik teguh berlandaskan prinsip saling menghormati, persefahaman dan kepentingan bersama.
Kedua-dua negara juga komited memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik bagi menyokong aspirasi pembangunan nasional serta kestabilan serantau.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada masa sama terus memberi keutamaan kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, khususnya membabitkan urusan konsular dan imigresen.
Rakyat Malaysia di republik itu turut digalakkan mendapatkan maklumat terkini menerusi laman sesawang rasmi serta saluran media sosial Suruhanjaya Tinggi bagi memastikan urusan mereka dapat dilaksanakan dengan lancar.
Selain hubungan diplomatik dan ekonomi, hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara terus berkembang menerusi aktiviti kemasyarakatan dan program komuniti yang dianjurkan persatuan Malaysia serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Singapura.
Jaringan ekonomi kedua-dua negara juga diperkukuh menerusi pergerakan rakyat yang aktif, termasuk ribuan pekerja yang berulang-alik setiap hari antara Johor dan Singapura.
Keadaan itu menjadikan hubungan Malaysia-Singapura bukan sekadar hubungan rasmi antara kerajaan, sebaliknya berakar umbi dalam kehidupan harian masyarakat kedua-dua negara.
Warganegara Malaysia di Singapura turut diingatkan supaya sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang tempatan serta segera menghubungi Suruhanjaya Tinggi sekiranya berdepan kecemasan atau keadaan luar jangka yang memerlukan bantuan konsular.
Berangkat sama ialah anakanda baginda berdua, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail; Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Turut hadir Setiausaha Kedua (Pentadbiran) Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Safrizan Abdul Karim.
Foto: Ihsan MAIPs