Rukun Negara asas bina generasi berdaya saing – Raja Muda Perlis

Rukun Negara asas bina generasi berdaya saing – Raja Muda Perlis

PADANG BESAR, 1 Okt – Pendidikan serta penghayatan prinsip Rukun Negara perlu dijadikan asas dalam membentuk generasi berilmu dan berdaya saing yang mampu mencipta peluang serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kekuatan sesebuah masyarakat bermula daripada pembentukan insan yang berilmu, berintegriti, berdisiplin dan berpandangan jauh.

“Pendidikan serta penghayatan prinsip Rukun Negara perlu menjadi asas pembentukan generasi yang berkeupayaan mencipta peluang, meningkatkan daya saing dan memperluas kesejahteraan sosial,” titah Baginda.

recommended by

As-Salihin
Jangan biarkan hasrat hanya dalam fikiran
Dokumentasikan perancangan harta anda bersama pihak profesional
Ketahui Lanjut
Sehubungan itu, Baginda menyeru supaya semangat tanggungjawab bersama diterjemahkan menerusi tindakan proaktif bagi memastikan potensi setiap individu dapat dimanfaatkan dalam usaha membina masa hadapan yang maju, harmonis dan sejahtera.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menekankan kepentingan generasi muda menghayati bahasa ibunda dan budaya sebagai sumber kekuatan serta keyakinan ketika berdepan cabaran dunia global.

Ketahui lebih lanjut
Berita Malaysia
Pelancongan Malaysia
Hal Ehwal Kerajaan
Related Articles
tingkatan enam
Program libat penceramah bebas tular dihenti serta-merta – Fadhlina
1 October 2026

Video tular KLIA: Mohd Shuhaily sedia terima keputusan kerajaan
1 October 2026
Menurut Baginda, keterbukaan terhadap dunia luar tidak seharusnya menyebabkan generasi muda terputus daripada akar budaya dan identiti sendiri.

Baginda bertitah demikian sempena program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Felda Rimba Mas, Padang Besar Utara, baru-baru ini.

Program Kayuhan MAIPs Peduli merupakan antara inisiatif MAIPs mendekati masyarakat selain membolehkan bantuan disampaikan secara terus kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Pada program itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan kepada tiga penerima asnaf terpilih.

Mereka ialah Mohd Nahar Md Saad, 53, dari Kampung Kolam, Padang Besar; Bashir Hashim, 54, dari Felda Rimba Mas dan Mat Isa Ibrahim, 77, yang turut menetap di Felda Rimba Mas.

Setiap penerima menerima wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen MAIPs memastikan bantuan sampai secara langsung kepada golongan memerlukan, khususnya bagi membantu meringankan beban keperluan harian mereka.

Kayuhan MAIPs Peduli pada masa sama menjadi wadah mendekatkan institusi agama dengan masyarakat serta menyemarakkan budaya prihatin, kebersamaan dan saling membantu dalam komuniti.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.