FCoEE-MAIPs aktif laksana program pastikan anak Perlis kuasai AI, digital – RMPs

FCoEE MAIPs aktif laksana program pastikan anak Perlis kuasai AI, digital – RMPs

Oleh: Sholina Osman
29 APRIL 2026

Faizuddin Center of Educational Excellence (FCoEE) di bawah naungan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) aktif melaksanakan pelbagai program strategik bagi memastikan anak-anak Perlis menguasai kemahiran Kecerdasan Buatan (AI) dan digitalisasi sejak awal.

Ini adalah usaha penting bagi melahirkan generasi yang bukan sekadar pengguna, tetapi pencipta teknologi.

Antara inisiatif dan program utama yang dilaksanakan oleh FCoEE-MAIPs bagi tahun 2025-2026 adalah Program Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM), Bengkel Matematik & Program Cilik AI, Keusahawanan Digital Asnaf, AiREd & Junior AiREd, serta Lawatan Penandaarasan Kursus AI (WCOE).

MEMASTIKAN EKOSISTEM PENDIDIKAN

FCoEE memberikan fokus Pendidikan Digital & AI melalui Pendekatan Praktikal, Pendidikan Berteraskan Akhlak, serta merangka Sasaran Menyeluruh bagi memastikan ekosistem pendidikan di Perlis berubah selaras dengan teknologi moden.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli di sekitar Kampung Utan Aji, dekat Kangar baru-baru ini.

Turut mengiring ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda turut diiringi oleh ketua-ketua jabatan serta wakil agensi Negeri dan Persekutuan dalam usaha mengenal pasti seterusnya menyalurkan bantuan MAIPs kepada golongan asnaf yang memerlukan.

SUMBANGAN SECARA BERTERUSAN

Inisiatif anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini bertujuan menyampaikan sumbangan secara berterusan kepada asnaf terpilih melalui pendekatan turun padang yang dilaksanakan setiap minggu.

Dalam program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan MAIPs kepada tiga penerima iaitu Kamal Mokhtar, 38, Mohd Zabidi Abd Latif, 39, dan Azrae Isa, 56, masing-masing dari Kampung Mengkuang Layar.

Selain itu, Baginda turut berkenan meluangkan masa berangkat melawat D’Layar Cottage & Homestay yang terletak di Kampung Mengkuang Layar, Utan Aji, yang kini semakin mendapat perhatian untuk pengunjung merasai pengalaman gaya hidup kampung yang menarik.

D’Layar Cottage juga menawarkan keselesaan moden dan sentuhan estetika. Rumah inap ini turut menyediakan dua jenis penginapan utama, iaitu unit homestay dan bilik cottage, bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pengunjung.

Kemudahan yang disediakan termasuk kawasan parkir yang luas, ruang santai terbuka, serta akses mudah ke kedai-kedai makan setempat yang menyajikan hidangan asli Perlis, menjadikannya lokasi ideal untuk percutian yang tenang. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.