MAIPs Peduli dekati rakyat di Kaki Bukit

MAIPs Peduli dekati rakyat di Kaki Bukit

2Mei 2026.

Kaki Bukit.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa bagi memacu negeri Perlis ke mercu kejayaan, seluruh lapisan masyarakat perlu cekal mendepani cabaran dengan memupuk visi masa hadapan yang jauh serta bersifat strategik.

Baginda menegaskan bahawa kemajuan ekonomi tidak harus dilihat sebagai destinasi akhir, sebaliknya merupakan satu rantaian usaha berterusan yang menuntut budaya penambahbaikan secara konsisten dalam setiap tindakan.

Menurut Baginda, keberanian untuk keluar dari zon selesa, ketegasan dalam membuat keputusan yang mencabar serta disiplin tinggi amat penting bagi memastikan setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis di sekitar Kaki Bukit baru-baru ini.

Mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Program tersebut turut disertai ketua-ketua jabatan serta agensi negeri dan Persekutuan dalam usaha mendekati masyarakat, mengenal pasti kesulitan golongan kurang bernasib baik serta menyalurkan bantuan secara tuntas dan segera.

Selaku Yang Dipertua MAIPs, Baginda berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada penerima terpilih berupa wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah.

Antara asnaf yang menerima bantuan ialah Kalsom Hasan, 86, dari Jalan Kaki Bukit; Mazliata Pin, 55, dari Kampung Sri Aman Batu 16; serta Zainab Lembut, 77, dari kampung yang sama.

Dalam rangka program tersebut, Baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke Gua Kelam serta meninjau kemudahan di Club Rock Perlis yang terletak berhampiran kawasan berkenaan.

Pusat penginapan baharu itu menawarkan 36 bilik dengan suasana dikelilingi flora dan fauna, sekali gus memberikan pengalaman penginapan yang tenang dan selesa kepada pengunjung.

Program MAIPs Peduli dilihat sebagai manifestasi komitmen berterusan MAIPs dalam memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terpelihara di samping memperkukuh hubungan antara institusi dan masyarakat setempat.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.