Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah- Raja Perlis

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah Raja Perlis

KANGAR, 17 April – Institusi masjid tidak seharusnya terhad sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, sebaliknya perlu berperanan sebagai pusat pembangunan ummah.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam titahnya menyeru agar masjid di negeri ini dijadikan lokasi utama penyatuan masyarakat, selain berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu dan dakwah.

“Pengimarahan masjid perlu diperluaskan meliputi pelbagai aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Ia termasuk penganjuran program pengajian ilmu, pembangunan belia, kebajikan masyarakat serta pengukuhan institusi keluarga,” titah Baginda ketika merasmikan Masjid Al-Kauthar.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Masjid berkenaan dibina dengan kos kira-kira RM7.9 juta, menampilkan reka bentuk moden serta kemudahan yang selesa untuk kegunaan masyarakat setempat.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.