Pelajar perlu manfaat dunia digital secara optimum – Raja Muda Perlis

Pelajar perlu manfaat dunia digital secara optimum – Raja Muda Perlis

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyeru para pelajar agar memanfaatkan kepesatan dunia digital secara optimum demi memperkasa pembelajaran dan pembangunan diri.

Baginda bertitah, kemudahan seperti Sudut Digital perlu digunakan sepenuhnya sebagai platform memperkukuh pembelajaran kendiri, menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta merangsang kreativiti pelajar.

“Gunakan teknologi dengan adab dan integriti. Binalah sahsiah yang tinggi dengan sentiasa menghormati guru, menjaga tutur kata termasuk di media sosial serta menjauhi penyebaran maklumat palsu.

“Jadilah pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga tinggi nilai akhlaknya,” titah baginda ketika merasmikan Program Titian Kasih Mega 2026 Peringkat SMK Derma di sini baru-baru ini.

Titah baginda, slogan “SMK Derma Must Be Number One” perlu dijadikan azam berterusan warga sekolah dalam mencapai kecemerlangan menyeluruh melibatkan sahsiah, akademik, inovasi dan kepimpinan.Pendidikan

Program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis itu melibatkan 481 pelajar tingkatan satu hingga tiga terdiri daripada 215 pelajar lelaki dan 266 pelajar perempuan.- KOSMO! ONLINE

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.