Raja Muda Perlis berangkat tiba di Langkawi hadiri SKAW Siri 39

Raja Muda Perlis berangkat tiba di Langkawi hadiri SKAW Siri 39

KUAH, 13 Mei — Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat tiba di Pulau Langkawi hari ini bagi menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 39 Tahun 2026.

Persidangan itu berlangsung dari 13 hingga 15 Mei 2026.

Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Mejar Kehormat Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda puteri baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda di Jeti Kuah selepas menaiki feri dari Kuala Perlis disambut Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohammad Razief Che Ahmad, Pegawai Daerah Langkawi Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin.

SKAW merupakan platform strategik yang menghimpunkan kepimpinan tertinggi Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara, khususnya dalam aspek latihan, pengurusan sumber manusia, logistik, pentadbiran dan keupayaan operasi pasukan.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri mencerminkan komitmen berterusan Institusi Diraja Perlis dalam memperkasa pertahanan negara serta pembangunan Pasukan Simpanan Tentera Darat sebagai aset strategik negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.