Raja Muda Perlis Santuni Delegasi Dunia, Kukuhkan Persahabatan Menerusi Woodball

Raja Muda Perlis Santuni Delegasi Dunia, Kukuhkan Persahabatan Menerusi Woodball

KUALA PERLIS, 29 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan Majlis Penyerahan Cenderamata Khas kepada ketua-ketua kontinjen yang menyertai World Cup Woodball Championship (WCWC) Kali Ke-10 2026 dalam satu majlis di perkarangan Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Turut berangkat ialah Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, manakala majlis turut dihadiri ketua-ketua jabatan serta agensi negeri dan Persekutuan serta ahli-ahli TTG Perlis.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan bertaraf dunia itu, sekali gus memperkukuhkan hubungan persahabatan, persefahaman dan semangat kesukanan antara negara melalui sukan woodball.

Seramai 13 ketua kontinjen menerima cenderamata khas daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Penaung Diraja Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs), mewakili Chinese Taipei, Singapura, Korea Selatan, Kenya, Peru, Uganda, Mongolia, China, Hong Kong, Thailand, India, Indonesia serta Malaysia sebagai tuan rumah.

Cenderamata eksklusif berbentuk tiga dimensi (3D) itu merupakan hasil inovasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dihasilkan khas sempena penganjuran WCWC 2026.

Penghasilan cenderamata tersebut menyerlahkan keupayaan UniMAP menggabungkan teknologi, kreativiti dan identiti tempatan bagi menghasilkan karya bernilai tinggi yang menjadi simbol kenangan kepada para delegasi antarabangsa.

Selepas majlis penyerahan cenderamata, ketua-ketua kontinjen turut menyertai Program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Tuanku Raja Muda yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). PanduanPerjalanan & Kisah Perjalanan

Kejohanan Dunia Woodball Kali Ke-10 berlangsung di Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP Kampus Alam Pauh Putra bermula 24 hingga 30 Julai 2026, menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai negara.

Penganjuran kejohanan bertaraf dunia itu bukan sahaja mengangkat Perlis sebagai destinasi sukan antarabangsa, malah menjadi platform mempromosikan Malaysia di persada global menerusi sukan woodball.

Kehadiran kontinjen dari 13 negara turut membuktikan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kemampuan Perlis sebagai tuan rumah bertaraf dunia, manakala fasiliti UniMAP terus menerima pujian daripada peserta dan pengurusan kejohanan sebagai antara gelanggang woodball terbaik di dunia.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.