News Centre
News Centre
News Filter
Latest News
Aktiviti-aktiviti “WoGos” (Whole of Government, Whole of Society) di negeri Perlis adalah penting dan wajar dilaksanakan bagi memantapkan aspek pemeliharaan keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam salah satu teras Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 berkenaan pendekatan “Keselamatan Menyeluruh” atau ‘Comprehensive Security – ComSec’, di samping meningkatkan lagi hubungan kerjasama semua agensi di negeri Perlis tidak kira Kerajaan atau bukan-Kerajaan.
- 2024/05/08 4:46 PM
- Suara Merdeka
Dalam fenomena cuaca panas yang melanda negara, masyarakat dinasihatkan untuk cekap dalam menggunakan perkakasan elektrik bagi mengelakkan pembaziran tenaga serta bebanan membayar bill elektrik yang tinggi. Contohnya, ketika menggunakan penghawa dingin pastikan tingkap serta pintu ditutup rapat bagi mengelakkan motor penghawa dingin berterusan bekerja untuk mendapatkan suhu yang diperlukan. Pengguna juga boleh merujuk panduan menggunakan elektrik secara cekap di laman sesawang TNB di www(dot)TNB(dot)Com(dot)my
- 2024/05/08 4:43 PM
- Suara Merdeka
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ‘Golongan pelajar hendaklah mampu untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dan memberi fokus kepada penciptaan yang dapat merangsang minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi, serta dapat mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah’.
- 2024/05/08 4:39 PM
- Suara Merdeka
KANGAR, 6 Mei- Program Perkampungan Sunnah yang dilaksanakan sejak 2015, kini memasuki edisi ke-9 bakal ditambah baik dalam pelbagai aspek.
- 2024/05/07 4:40 PM
- Berita RTM
Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan kali ke-44 di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar.
- 2024/05/07 4:38 PM
- Suara Merdeka
Golongan wanita harus berkeupayaan menjaga dan meningkatkan kesejahteraan hidup masing-masing yang merangkumi kestabilan emosi, kesihatan mental, kerohanian dan keperibadian positif.
- 2024/05/07 4:36 PM
- Suara Merdeka