News Centre
News Centre
News Filter
Latest News
KANGAR, 13 Mei – Kelab Golf Putra (KGP) Perlis akan menjadi tuan rumah kepada MBSB 18th Perlis Amateur Open 2024 dari 23 hingga 26 Mei ini.
- 2024/05/15 9:15 AM
- Berita RTM
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menawarkan peluang pekerjaan melalui ‘Job Matching’ dengan kerjasama pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan beberapa agensi pekerjaan kepada veteran ATM yang tidak bekerja selepas tamat perkhidmatannya bersama dengan pasukan masing-masing.
- 2024/05/13 8:56 AM
- Suara Merdeka
KUALA LUMPUR, 10 Mei- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2024 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC).
- 2024/05/13 8:51 AM
- Berita Harian
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ’Setiap pelajar perlu menambah nilai diri masing-masing dengan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang agar berupaya menghadapi cabaran dunia kini’.
- 2024/05/09 4:50 PM
- Suara Merdeka
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat meraikan Dr. Khalid Zeed Abdullah Basalamah, penceramah terkenal antarabangsa dari Indonesia yang hadir ke Perlis bagi menjayakan program “Perkampungan Sunnah Siri Ke-9” bagi tahun 2024 dalam satu malis santapan tengahari di Galeri DiRaja Arau.
- 2024/05/09 4:48 PM
- Suara Merdeka
Negara ini tidak memerlukan sebarang persengketaan yang boleh merugikan semua pihak. Malah tidak mustahil bagi mana-mana musuh negara baik dari dalam mahupun luar untuk menguasai kita dengan mudah. Apa yang diperlukan ialah keamanan, keharmonian dan kestabilan. Inilah asas kekuatan negara yang perlu dipelihara sepanjang masa.
Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Kem Bukit Keteri, Padang Besar.
- 2024/05/09 4:44 PM
- Suara Merdeka