News Centre

News Centre

News Filter

Latest News

ffc9a76e4f88b66c863df72bab4ef694 M
Anestesiologi tidak lagi menjadi ‘Hero yang tidak didendang’ dalam penjagaan dan keselamatan pesakit, sebaliknya menjadi perkhidmatan yang mengubah kehidupan dan keselamatan nyawa. Tanpa perkhidmatan anestesiologi, pembedahan yang memerlukan pembiusan tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna. Diharap dengan adanya ‘Sambutan Hari Anestesia Sedunia’ pada 16 Oktober setiap tahun perkhidmatan anestesiologi dapat difahami oleh orang ramai amnya dan rakyat Perlis khususnya. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan simbolik ‘Sambutan Hari Anestesia Tahun 2020’ yang diraikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Sirajuddin, Kg. Padang Pauh, Kangar pada petang semalam. Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran MAIPs dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang merupakan sebahagian daripada inisiatif menjayakan kempen ‘Rakyat Perlis Hidup Sihat’ yang diilhamkan oleh Tuanku Raja Muda dan disekalikan dengan ‘Hijrah Minda MAIPs kali ke 20 bagi tahun 2020’ itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Imam Besar Negeri Perlis Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar. Hadir sama AMMK Perlis, Azizan Sulaiman. Seramai 10 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak-anak kariah masjid berkenaan hadir menerima sumbangan agihan zakat MAIPs masing-masing daripada baginda. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs menambah bahawa tema sambutan pada tahun ini iaitu “ Occupational Wellbeing & Patient Safety” adalah bertepatan bagi menghargai segala pengorbanan yang telah diberikan dan memperjelaskan lagi kepentingan perkhidmatan anestesiologi yang terlibat secara terus dalam resusitasi pesakit bagi menyelamatkan nyawa’. Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim menerangkan bahawa perancangan pembiusan dan pembedahan yang teliti dalam menitik beratkan aspek-aspek keselamatan pesakit dapat mengurangkan 1.5 juta kematian setiap tahun di dunia. Menurut beliau, ‘Perkhidmatan Anestesiologi juga berperanan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit semasa pembedahan dan pengurusan kesakitan. Mereka juga memberikan penjagaan intensif kepada pesakit kritikal termasuk pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan’. Anestesiologi merupakan salah satu kepakaran dalam pengurusan pembedahan dan merupakan salah satu WIRA barisan hadapan yang amat penting dalam menangani wabak pandemik COVID- 19 yang melanda seluruh dunia pada masa kini. Bidang Anestesiologi semakin berkembang sejajar dengan peningkatan dalam amalan pembedahan. Perkhidmatan Anestesiologi menyediakan perkhidmatan pembiusan pembedahan dan rawatan rapi. Jelas Dr Sirajuddin, walaupun terdedah kepada risiko jangkitan yang tinggi semasa menjalankan rawatan bantuan pernafasan, tekanan emosi akibat perlu memakai pakaian pelindung diri (PPE) dalam jangkamasa yang lama dan keletihan, namun mereka tetap berusaha dengan gigih memberi perkhidmatan yang terbaik. Tambah beliau, pada tahun 2019, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar telah mengendalikan 6002 kes pembedahan yang memerlukan pembiusan, 639 kes kemasukan ke ICU, 492 kes bantuan mesin pernafasan di wad, 2105 kes Acute Pain service dan 1885 kes Klinik Anestesiologi. Untuk rekod, ‘Hari Anestesia Sedunia’ disambut bagi memperingati kejayaan pembiusan am yang pertama dengan menggunakan ‘gas ether’ pada 16 Oktober 1846 di Massachusetts General Hospital, Boston, Amerika Syarikat. Penemuan ini membolehkan pesakit menjalani pembedahan tanpa sedar yang mana ini merupakan satu kejayaan besar dalam bidang perubatan.

Kongsi:

0ea760dfa8da32111175f3c77ef13d15 M
SEBAGAI rakyat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan dan wira serta wirawati negara yang mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara selama ini. Barisan pertahanan negara yang juga merupakan barisan hadapan utama inilah menjadi ‘nadi’ dan ‘penggerak’ kepada pembangunan negara di mana merekalah yang berperanan memastikan keselamatan negeri dan negara kita tercinta sentiasa terjamin dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi.

Kongsi:

fbce18293084d3ac0d97e393ad7b6ff7 M
Segala perkongsian ilmu, dapatan serta kaedah kajian dan sebagainya dalam pembentangan di ‘The 10th National Conference in Education – Technical and Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2020’ pada 13 dan 14 Oktober 2020 diharap dapat dijalankan dalam suasana yang kritis, harmoni, berinovasi dan berwawasan. CiE-TVET 2020 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Malaysia melibatkan pembentangan 173 kertas yang layak selepas melalui proses penilaian oleh panel yang mana 53 daripada yang layak adalah dari PTSS dirancang untuk menjadi salah satu platform khas buat warganya untuk membentangkan hasil penyelidikan dalam bidang TVET. Himpunan kertas penyelidikan yang dibentangkan akan diterbitkan dalam e-proceeding CiE-TVET 2020 dan e-journal JPPKK sebagai sumber rujukan oleh pihak-pihak berkepentingan. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan merasmikan persidangan berkenaan yang dilaksanakan melalui telesidang di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra pada pagi tadi. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah PTSS Abdul Malek Hassan dan Dr. Rashdan Rashid. Pada kesempatan yang sama baginda menitahkan ucapan syabas kepada 4 Kertas Penyelidikan Terbaik PTSS pada kali ini terdiri daripada: 1) Noor Hanisah Abdullah: ‘Pembangunan Smart Motorcycle Anti Theft System (SMATS)’ bagi Kategori Teknikal. 2) Dr. Rashdan Rashid: ‘The Relationship of Career Development, Salary and Benefit, and Employer Reputation Towards Job Selection Among Northern Polytechnic Accounting Students’ bagi Kategori Sosial Sains. 3) Mohammad Hazrul Md Jori: ‘Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Pendekatan OBE dalam Program Diploma Teknologi Automotif di Kolej Vokasional : Penilaian Menggunakan Dimensi Proses Model CIPP’ bagi Kategori Luar Sosial Sains; serta 4) Zurina Safee: ‘Study on Concrete with Partial Replacement of Sand by Floral Foam’ bagi Kategori Luar Teknikal. Untuk rekod, buat julung kalinya, CiE-TVET 2020 diadakan secara telesidang setelah pihak penganjur mengambil kira situasi semasa COVID-19 di negara ini. Acara tahunan ini tetap berjaya mengangkat kajian dan penyelidikan dalam bidang TVET di peringkat kebangsaan. Malahan, kertas-kertas penyelidikan yang dibentangkan adalah menepati keperluan dalam penambahbaikan institusi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta keusahawanan dan kemajuan penyelidikan secara keseluruhannya.

Kongsi:

8cba5d214c5f756cb3dfba3d009c9a8f M
Seluruh warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipohon supaya cakna akan kepentingan Kesejahteraan Siber atau dalam bahasa Inggeris – cyber wellness. Kesejahteraan Siber mendokong amalan penggunaan internet yang bertanggungjawab, bermoral dan berintegriti. Amalan penggunaan internet yang berpandukan nilai-nilai beretika akan menyumbang kepada kesejahteraan siber dalam kalangan warga UniMAP, yang seterusnya terkait dengan kesejahteraan hidup, secara amnya. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima taklimat akhir mengenai deraf ‘Dokumen-Dokumen Perisytiharan dan Statut-Statut UniMAP’ yang diadakan di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Kongsi:

4eadae682909e5571fe2c1a4fc6acd34 M
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan di peringkat negara mahupun antarabangsa dari segi pengurusan universiti, penyelidikan, kajian dan sebagainya. Antaranya ialah ‘QS Star Rating’ (3 Bintang), SETARA / D-SETARA (Tier 5), MyMoheS (5 Bintang), ‘The Golden Europe Award for Quality & Commercial Prestige’, ‘Best Enterprise Award, The New Era Award of Technology, Innovation & Quality’ dan ‘European Award for Best Paractices’. UniMAP juga berada dalam carta ‘THE Young University Rankings 2020’ yang dikeluarkan oleh Times Higher Education pada Jun lalu iaitu dalam kelompok 151 hingga 200 universiti terbaik di dunia yang berusia di bawah 50 tahun. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor selepas berkenan berangkat menyempurnakan ‘Majlis Menandatangani Statut UniMAP’ yang diadakan di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Kampus Alam UniMAP Pauh Putra pada tengahari tadi.

Kongsi:

72aaebf2db92c4cb1c4ea733fa6aab75 M
ARAU: Pelajar baharu Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dinasihatkan menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran secara kendiri selain sentiasa berfikiran terbuka serta menghasilkan inovasi yang boleh dimanfaatkan semua pihak. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu seiring dengan visi Unimap iaitu universiti teknikal yang berdaya saing di persada antarabangsa. “Pada masa sama, fokus diberikan kepada ilmu pengetahuan. Insya-Allah kita bakal mampu melahirkan lebih ramai lagi mahasiswa terbaik dan menjadi kebanggaan universiti, keluarga, masyarakat, dan negara,” titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Program Minggu Suai Kenal (MSK) Unimap Sidang Akademik 2020/2021 dan Majlis Simbolik Penerimaan Pelajar Baharu menerusi platform digital di Auditorium Bangunan Canselori Kampus Alam Unimap Pauh Putra di sini, hari ini. Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor Unimap. Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Canselor Unimap bertitah, pelbagai kemudahan asas disediakan oleh universiti bagi memastikan keselesaan dan kualiti pelajar dijaga dengan baik. “Oleh kerana Unimap merupakan universiti kejuruteraan, penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran lebih kepada praktikal di dalam makmal, e-pembelajaran serta pendedahan kepada industri yang memberi peluang kepada setiap pelajarnya mengaplikasikan ilmu dipelajari dengan berkesan dan efektif,” titah baginda. -UTUSAN

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.