News Centre
News Centre
News Filter
Latest News
ARAU, 29 Sept — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima beberapa aset baharu tidak lama lagi dalam memperkukuhkan benteng pertahanan ruang udara negara.
Panglima TUDM, Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata tender bagi pembelian ‘Maritime Patrol Aircraft’ (MPA), ‘Unmanned Aircraft Systems’ (UAS) dan ‘Ground Based Radar’ telah dikeluarkan dan kini dalam proses perolehan.
Beliau berkata selain itu kerajaan juga telah meluluskan pemohonan sewaan helikopter bagi menggantikan helikopter Nuri yang ditamatkan perkhidmatan.
“Pemohonan itu (sewaan helikopter) telah diluluskan, kita kini dalam proses untuk membuat sewaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini hari ini.
Ditanya mengenai harapannya pada pembentangan Belanjawan 2021 nanti, Ackbal berharap kerajaan akan mempertimbangkan beberapa lagi pemohonan TUDM bagi memperkasakan pertahanan udara.
— BERNAMA
- 2020/09/30 8:06 AM
- Bernama
Diabetes boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat iaitu pengambilan pemakanan yang seimbang
- 2020/09/30 8:05 AM
- -
Anggota pasukan sukarela Rejimen Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia yang terlatih dan
- 2020/09/28 7:36 AM
- -
Manuskrip Salasilah Perlis tersimpan rapi di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 1963 lagi.
- 2020/09/28 7:35 AM
- -
Perokok di negeri Perlis dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM)
- 2020/09/28 7:33 AM
- -
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat melawat pusat kajian dan
- 2020/09/28 7:32 AM
- -