News Centre

News Centre

News Filter

Latest News

d9fc17f32b375e9eeed63a6c2d3200a4 M
Integriti dalam diri adalah benteng yang paling kukuh dalam menjauhi dan membanteras daripada berlakunya gejala rasuah. “Sekiranya jiwa seseorang itu cukup kental menangkis ‘kuasa wang’, maka integriti dan amanahnya tidak akan dapat dipertikaikan”. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan simbolik pelancaran ‘Hari Integriti Nasional Peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ bertemakan ‘Rakyat Perlis Hidup Berintegriti’ yang diadakan di Masjid Darul Ulum, Kg Wang Ulu Bintong, Kangar. Keberangkatan tiba baginda ke majlis yang disekalikan dengan aktiviti ‘Hijrah Minda MAIPs kali ke 23 bagi tahun 2020’ itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Penolong Penguasa Zurazman Noh dari Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis yang turut menyampaikan ceramah berkaitan isu integriti. Mohd Nazim pula menambah bahawa hukuman keras dan menggerunkan bukanlah benteng utama dalam menangani isu rasuah, sebaliknya ia memerlukan sikap jujur dan berintegriti dengan tidak menggadai atau menjual amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Di majlis yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua turut berkenan menyerahkan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada golongan asnaf dari kalangan anak kariah masjid berkenaan. Untuk rekod, sejak 2005, Kerajaan Malaysia mengistyharkan 5 November setiap tahun sebagai ‘Hari Integriti Nasional’ yang mana pada tahun ini ia mengangkat tema “Integriti Penentu Kejayaan Budaya Kerja Norma Baharu” bermatlamatkan untuk membudayakan integriti dan memupuk nilai murni sejagat serta tadbir urus dalam masyarakat. Turut diadakan ialah promosi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung di bawah MAIPs, Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia Negeri Perlis.

Kongsi:

1a956c46450e1847584fd382f605b0a6 M
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua institusi sekolah sentiasa memberikan fokus kepada menyediakan kumpulan pelajar yang sentiasa komited dan berminat untuk terus belajar.

Kongsi:

3182b2a6002d7c6eae45301adb4cf349 M
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua pihak memainkan peranan dalam mempertingkatkan kesedaran dan nilai integiriti dalam masyarakat tanpa tunai (cashless society). Konsep ‘cashless society’ adalah salah satu usaha dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat, dalam masa sama ia juga merupakan satu cabaran ke arah mempertingkatkan lagi tahap kesedaran dan nilai integriti dalam kalangan masyarakat. Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menerima sembah mengadap Pengurusan Kanan Wilayah dan Negeri Perlis, Bank Kerjasama Rakyat dalam satu pertemuan khas perbincangan kolaborasi bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Dewan Kulliyah MAIPs, Behor Temak, Kangar semalam. “Dalam hubungan ini, para penerima sumbangan misalnya, hendaklah mempunyai pengetahuan asas agar matlamat masyarakat tanpa tunai mencapai maksudnya. Selain mempermudahkan penyaluran sumbangan dilaksanakan, penggunaan akaun bank dilihat dapat menjadi kawalan dalaman ke arah menjadi pengguna bijak dalam berbelanja,” titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima menghadap Ketua Wilayah Utara Bank Rakyat, Tuan Haji Mohd Azmir Mohd Nasarudin dan Pengurus Cawangan Kangar, Tun Asrul Saini Wan Agil. Turut bersama dalam pertemuan berkenaan ialah Pengurus Cawangan Arau, Zuriani Abd Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim

Kongsi:

e412d8c340fee3729deb11bde45f02dd M
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) komited untuk menyuburkan semangat berwakaf di kalangan para penerokanya sebagai usaha untuk mengangkat nilai keberkatan dalam kehidupan. Hasrat berkenaan dipersembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Timbalan Pengarah Besar Perladangan dan Pembangunan Peneroka FELDA, Datuk Amir Hamdan Hj Yusof ketika sesi mengadap hormat pengurusan kanan Jabatan Perladangan dan Pembangunan Peneroka FELDA ke atas baginda di Dewan Kuliyyah MAIPs di Kangar. Ujar Amir Hamdan, usaha bersungguh-sungguh pihak FELDA yang diterajui Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh adalah dalam usaha melaksanakan transformasi minda dan tindakan menyeluruh warganya demi kelestarian kejayaan inisiatif FELDA masa panjang. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf, MAIPs mengalu-alukan inisiatif yang dicadangkan oleh pihak FELDA dan akan memberikan panduan terbaik dalam menjayakan projek mercu tanda wakaf demi kebaikan ummah. “Selain usaha untuk menyuburkan semangat berwakaf di kalangan warga peneroka, usaha ke arah mempersiapkan generasi ketiga dan keempat FELDA untuk mendepani cabaran masa hadapan juga harus diberikan perhatian dan keutamaan sewajarnya dari awal lagu,” titah baginda lagi. Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Koordinasi Pengurusan Wilayah FELDA, Razuwan Che Ros serta Penolong Pengurus Besar FELDA Wilayah, Izham Ramli.

Kongsi:

159f7f3b6a3b2311ab075fe0b7d976ad M
Galeri Seni Lukis Negeri Perlis yang terdapat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis Cawangan Simpang Empat mempunyai keistimewaan dan keunikkannya tersendiri iaitu menempatkan hasil-hasil lukisan yang telah dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sejak beberapa tahun yang lalu. Ia turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. Demikian dimaklumkan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Azizi Janan ketika mengalu-alukan para peserta yang mengambil bahagian mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program ‘MAIPs Peduli Bilangan ke 55 bagi tahun 2020’ baru-baru ini. Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor. Menurut Azizi, hingga kini terdapat lebih 350 karya yang disumbangkan oleh City Art Gallery, 1MCAT (Malaysia Contemporary Art Tourism), Persatuan Pelukis Negeri Perlis, ASWARA dan lain-lain lagi. Tambah beliau lagi, koleksi yang sedia ada antara lain terdiri daripada karya catan, lukisan, cetakan dan juga fotografi. Galeri berkenaan dibuka kepada orang ramai dan adalah percuma. Seluruh masyarakat di negeri Perlis khususnya yang bermastautin di selatan Perlis dialu-alukan datang beramai-ramai untuk mengunjungi galeri ini. Sambil-sambil melawat galeri seni lukis tersebut, para pengunjung juga turut boleh membaca pelbagai koleksi buku yang disediakan di Perpustakaan berkenaan. Waktu perkhidmatan ialah Isnin hingga sabtu dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Terdahulu, Tuanku Raja Muda berkenan singgah bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih di sekitar kawasan kariah Masjid Putra Simpang Empat. Pada kesempatan yang sama, menyentuh mengenai situasi semasa Covid-19, Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan rakyat Perlis supaya jika kurang sihat, kekal di rumah kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera.

Kongsi:

d45a54d5d947891dd1cd75d25cbe05d0 M
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan agar semua pihak terus memberikan sepenuh kepercayaan kepada Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mentadbir seluruh hartanah dan aset wakaf. Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat merasmikan ‘Medan Waqaf As-Solihin’ di Masjid As Solihin, Chuping yang merupakan projek sumbangan wakaf anak-anak kariah masjid berkenaan untuk mewujudkan ruang serbaguna bagi tujuan pembesaran ruang solat masjid selain digunakan untuk aktiviti pengimarahan. Keberangkatan tiba baginda yang diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Dr. Hj. Hazman Hassan. Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menerima persembahan taklimat rancangan pembinaan kompleks baharu masjid tersebut oleh Pengarah Pembangunan Negeri Perlis (ICU), Maznah Musa dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf Hartanah dan Mal MAIPs, Mohd Nazri Mat Rejab. Titah baginda lagi, setiap amanah wakaf di atas nama MAIN sudah pasti diurus tadbir dengan penuh dedikasi dan beramanah. Mohd Nazim pula menambah, “Sebagai agensi yang diberikan kuasa sebagai pemegang amanah tunggal, MAIN sentiasa komited menerokai pelbagai inisiatif ke arah menyuburkan semangat berwakaf di kalangan masyarakat”.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.