Pusat Berita
Pusat Berita
Tapisan Berita
Paling Terkini
Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat membantu memperkasakan pembangunan petani tempatan agar sektor pertanian di Perlis mampu beralih daripada amalan sara diri kepada perusahaan komersial yang lebih berdaya saing serta menguntungkan.
- 2026/07/10 9:16 AM
- JENDELA DBP
PETALING JAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis akan menyumbang 1.5 tan metrik buah-buahan tempatan sempena penganjuran 10th World Cup Woodball Championship (WCWC) 2026, bulan ini.
- 2026/07/09 9:33 AM
- FREE MALAYSIA TODAY
PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis wajar dipacu sebagai makmal terbaik untuk menguji dasar kelestarian ke arah menjadi ‘negeri pintar hijau’ atau ‘green smart state’.
- 2026/07/08 10:45 AM
- BERNAMA
KANGAR, 6 Julai – Golongan muda yang memilih laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disifatkan sebagai generasi yang bakal menjadi jurubina negara menerusi gabungan kemahiran praktikal, kreativiti serta kekuatan jati diri yang diperlukan dalam menghadapi cabaran masa depan.
- 2026/07/07 11:29 AM
- SUARA MERDEKA
PADANG BESAR, 5 Julai – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bakal memanfaatkan data yang dikumpulkan menerusi program Kayuhan MAIPs Peduli bagi menubuhkan inkubator perniagaan asnaf mikro melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM), sekali gus memperkukuh usaha membasmi kemiskinan secara mampan di negeri ini.
- 2026/07/06 9:20 AM
- SUARA MERDEKA
Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan peruntukan berjumlah RM337,200 bagi membantu meringankan beban pelajar Pra-Universiti (Tingkatan Enam) sebagai persediaan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
- 2026/07/06 9:18 AM
- JENDELA DBP