Pusat Berita
Pusat Berita
Tapisan Berita
Paling Terkini
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar masyarakat memanfaatkan ruang dan tanah yang ada di sekeliling kediaman masing-masing dengan ‘tanaman ikhtiar hidup’ atau ‘basic agriculture’.
Titah baginda, ruang tanah atau halaman rumah boleh diusahakan dengan tanaman asas untuk kegunaan sendiri seperti sayur-sayuran, tanaman herba dan buah-buahan.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri program MAIPs Peduli kali ke 71 bagi tahun 2020 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perlis yang bermula dan berakhir di Dataran Perhimpunan Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah) Behor Mali, Simpang Empat, Perlis baru-baru ini.
Hadir sama mengiringi baginda ialah Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Hafizuddin Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.
Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, MAIPs melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM), sedang melihat inisiatif yang boleh dilaksanakan dalam menerapkan budaya amalan pertanian ikhtiar hidup di kalangan warga asnaf di negeri Perlis sekaligus dapat mempertingkatkan produktiviti masyarakat.
- 2020/12/28 9:55 AM
- Suara Merdeka
KANGAR: Perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat di negara ini adalah khazanah yang perlu sentiasa dipupuk, disemai dan dipertahan oleh generasi kini serta akan datang.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, rakyat Malaysia umumnya dan negeri ini khususnya sangat beruntung dan bertuah atas hubungan baik yang dimiliki sesama masyarakat.
“Ini kerana, mereka dapat hidup dalam sebuah negara dan negeri yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya, adat resam dan bahasa dengan aman serta damai,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri program sambutan dan perayaan Solstis Musim Sejuk (Chinese Winter Solstice atau Dongzhi) 2020 di Fairy Le Phenomenal Cafe Kangar, di sini hari ini. Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah serta Puteri Sharifah Farah Adriana.
Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan oleh Wanita Dewan Perhimpunan Cina Negeri Perlis itu disambut pengerusinya, Dr. Tan Fee Youn. Sementara itu, Fee Youn memberitahu, sambutan hari tersebut adalah bersempena perayaan kebudayaan penting yang diraikan khususnya di negara China, Korea, Jepun dan Vietnam sebagai menandakan kemuncak musim sejuk.
“Bermula dari hari tersebut, matahari bersinar lebih lam menandakan bermulanya tahun baharu yakni perkiraan sebelum wujudnya kalendar. “Pada hari tersebut juga, ahli keluarga dan saudara-mara bersama-sama membuat ‘tangyuan’ iaitu bebola beras pulut yang dimakan sebagai tanda perjumpaan, kesatuan dan kebahagiaan semula memandangkan ramai ahli keluarga dan suku kaum akan berkumpul untuk menyambutnya,” ujarnya
Oleh yang demikian, beliau berharap sempena sambutan musim ini membawa perubahan yang lebih baik kepada ekonomi, hidup dan hubungan antara semua.
- 2020/12/28 9:50 AM
- Utusan Online
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa zaman yang dilalui
- 2020/12/28 9:45 AM
- Suara Merdeka
Rakyat Perlis diseru supaya tidak melepaskan peluang bagi menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya sepenuh masa mahupun sampingan bagi menjana pendapatan masing-masing.
Melalui segala insentif yang tersedia, jabatan dan agensi pelaksana khususnya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu memainkan peranan bagi memastikan kesinambungan segala projek yang disediakan dan ianya mencapai objektif serta matlamat yang telah ditetapkan.
Pemantauan dari masa ke semasa dan khidmat nasihat serta program-program latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan pengetahuan para peserta juga harus dilaksanakan.
Pada masa yang sama golongan belia juga diseru agar kembali menceburi bidang pertanian melalui amalan teknologi terkini.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat meninjau kebun tanaman sawi dan kangkung yang diusahakan oleh Shahidan Hamid di 961, Kg. Tok Kaya, Kuala Perlis baru-baru ini.
Antara yang turut ditanam dalam perusahaan yang mendapat bimbingan Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Negeri Perlis di kebun kediaman tersebut ialah pokok daun selon, kesum, bunga ros, bunga kemboja, kunyit hitam, limau kasturi, limau nipis, jambu batu tanpa biji dan juga betik sekaki.
Keberangkatan baginda ialah bersempena aktiviti ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke 68 bagi tahun 2020’ yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Firdaus Padang Besar Selatan baru-baru ini.
Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda turut menyarankan supaya pihak-pihak yang berwajib mempelbagaikan lagi insentif pertanian yang mampu secara langsung memberi manfaat kepada golongan petani, penternak, nelayan dan usahawan untuk menjana pendapatan mereka.
Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih selain turut singgah bagi mendapat taklimat terkini di kilang membuat SKASH Arabic Cocoa oleh Al-Haddad Industries (M) Sdn Bhd yang terletak di Halal Park MARA, Kawasan Industri Kuala Perlis dan disambut oleh pemiliknya, Syed Khairil Azri Sayid Hazir Al-Haddad.
- 2020/12/24 8:36 AM
- Suara Merdeka
Graduan keluaran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) hendaklah berupaya menerangkan prinsip, konsep dan perincian ibadah khusus dalam Islam dengan dalil-dalil yang kukuh.
Begitulah hasrat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mengharapkan agar pengajian di KUIPs akan benar-benar dapat memantap pengajian ibadah yang berteraskan dalil yang sahih dari segi penghujahan ilmiahnya.
Ertinya, KUIPs perlu menjadi pusat Pengajian Islam yang luas kesarjanaannya dalam mengkaji serta memahami Al-Quran dan Sunnah berdasarkan disiplin keilmuan yang kukuh
Pengajian Islam di KUIPs juga hendaklah diadun dengan penuh kematangan di sudut keteguhan manhaj atau methodologi ilmu, keluasan kajian dan penilaian yang kritis. Di masa yang sama komited terhadap integrasi ilmu dari pelbagai bidang yang diperlukan dalam kehidupan manusia.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Rakyat Di Hati’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Kolej Kediaman KUIPs, Seberang Ramai, Kuala Perlis baru-baru ini.
Keberangkatan baginda disambut oleh Rektor, Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Haji Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.
Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs lagi, kolej universiti milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenaan juga diharapkan akan mampu melahirkan para ilmuwan yang memiliki keteguhan ilmu pengajian Islam secara luas, matang, progresif, visionari dan mampu merealisasikan mesej Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan sejagat dan dapat membina peradaban yang terhormat.
Sempena program tersebut baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan Mesin Penapis Air MAIPs untuk dimanfaatkan oleh para pelajar yang ditempatkan di Cafe KUIPs.
- 2020/12/24 7:58 AM
- Suara Merdeka
KANGAR, 21 Dis — Orang ramai dinasihati agar sentiasa mementingkan aspek asas keselamatan sebelum melakukan aktiviti berbasikal.
- 2020/12/22 1:40 PM
- Bernama