Pusat Berita

Pusat Berita

Tapisan Berita

Paling Terkini

b998737c1fadb4532aff61629ed0f96a M
KANGAR: Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu terus fokus dalam meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran, tenaga dan persiapan mental dalam mencorakkan sistem pengurusan serta akademik yang baik. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian penting dalam melahirkan pelajar yang dapat menyumbang bakti kepada bangsa dan negara. Titah baginda, kakitangan KUIPs juga perlu diberikan latihan dan pendedahan secukupnya agar dapat menjalankan tugas dengan baik dan sistematik. “Latihan tersebut haruslah komprehensif merangkumi aspek fizikal, jasmani, emosi dan intelek setiap kakitangan. “Dengan adanya latihan ini, mereka akan lebih cekap dan terlatih dalam melaksanakan apa sahaja tugas dan sentiasa bersedia sekiranya diperlukan oleh majikan,” titah baginda merasmikan Majlis Apresiasi Kakitangan KUIPs 2019 di Auditorium KUIPs, Kampus Seberang Ramai, Kuala Perlis di sini hari ini. Yang turut hadir Rektor KUIPs, Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi Othman dan kepimpinan tertinggi universiti yang berada di bawah naungan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu. Sementara itu, baginda yang merangkap Tuanku Canselor KUIPs bertitah, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menyumbang secara kritikal terhadap pembangunan dan kemajuan negeri ini, pengurusan budaya kerja cemerlang diperlukan. “Ini bagi mewujudkan corak pengurusan yang baik seperti dalam pemilihan kakitangan, latihan dalam pengurusan dan pentadbiran, kerjasama berpasukan dan pengurusan masa. “Kerja secara berpasukan perlu diterapkan yang mana kesepakatan merupakan kunci utama mencapai kejayaan. Justeru, KUIPs perlu menerapkan budaya bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain,” titah baginda. Pada majlis tersebut, baginda telah mengurniakan anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada empat penerima, Pendidik Cemerlang (tiga), Pentadbir Cemerlang (tiga) dan Staf Sokongan Cemerlang (lima). – UTUSAN

Kongsi:

d8ecaf477e032972e780acc36e808256 M
ARAU, 29 Sept — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima beberapa aset baharu tidak lama lagi dalam memperkukuhkan benteng pertahanan ruang udara negara. Panglima TUDM, Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata tender bagi pembelian ‘Maritime Patrol Aircraft’ (MPA), ‘Unmanned Aircraft Systems’ (UAS) dan ‘Ground Based Radar’ telah dikeluarkan dan kini dalam proses perolehan. Beliau berkata selain itu kerajaan juga telah meluluskan pemohonan sewaan helikopter bagi menggantikan helikopter Nuri yang ditamatkan perkhidmatan. “Pemohonan itu (sewaan helikopter) telah diluluskan, kita kini dalam proses untuk membuat sewaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini hari ini. Ditanya mengenai harapannya pada pembentangan Belanjawan 2021 nanti, Ackbal berharap kerajaan akan mempertimbangkan beberapa lagi pemohonan TUDM bagi memperkasakan pertahanan udara. — BERNAMA

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.