Persembahan khas Tentera Darat semarak sambutan ulang tahun ke-68 Askar Wataniah

Persembahan khas Tentera Darat semarak sambutan ulang tahun ke 68 Askar Wataniah

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Persembahan istimewa membabitkan tiga pasukan muzik dan persembahan Tentera Darat Malaysia (TDM) menyerikan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-68 Rejimen Askar Wataniah di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, baru-baru ini.

Menurut nota Istana Arau, persembahan berkenaan disaksikan ahli Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 40/2026 serta tetamu jemputan.

Persembahan itu membabitkan Army Red Warrior (ARW) daripada Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kumpulan Brass Band Wanita Rejimen Semboyan Diraja (RSD) serta persembahan drumline oleh Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA). KasutTentera

Gabungan persembahan berkenaan menyerlahkan kemahiran, disiplin, kreativiti dan profesionalisme warga Tentera Darat, selain menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh kebersamaan dalam kalangan hadirin.

Berkenan berangkat menyaksikan persembahan itu ialah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, bersama Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. BeliAlat Taktikal

Turut berangkat ialah Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tuanku Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin selaku Komander Rejimen 513 Askar Wataniah dan Tunku Besar Seri Menanti, Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz selaku Komander Rejimen 508 Askar Wataniah.

Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dan Asisten Ketua Staf Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Mohammad Razeif Che Ahmad. KasutTentera

Penganjuran persembahan khas itu turut mencerminkan semangat kesatuan, kesiapsiagaan dan tradisi kecemerlangan yang terus menjadi tunjang perkhidmatan Askar Wataniah dalam mendukung pertahanan negara.

Foto: Istana Arau

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Bayar

Mohon

Skip to content