Pusat Berita
Pusat Berita
Tapisan Berita
Paling Terkini
ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar sistem pengurusan tanah perkuburan Islam di seluruh negeri diperkemas dan diseragamkan segera melalui satu piawaian khusus bagi menjamin kelangsungan dan kelestarian tanah wakaf untuk jangka panjang.
- 2026/02/02 3:03 PM
- ASTRO AWANI
KANGAR, 30 Jan — Affin Islamic Bank Berhad menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM150,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi Penyerahan Zakat Negeri Perlis dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Besar, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, di sini hari ini.
- 2026/01/30 9:22 PM
- SUARA MERDEKA
KANGAR, 30 Januari 2026 – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersama Delegasi Perlis International Sunnah Convention 2026 (PISC 2026) yang berlangsung di sini, malam ini.
- 2026/01/30 9:21 PM
- SUARA MERDEKA
Bukit Keteri, 29 Januari 2026 – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melawat tapak Projek Pembangunan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, di sini hari ini.
- 2026/01/30 9:18 PM
- SUARA MERDEKA
ARAU 27 Jan. – Perlis kini membuka lembaran baharu dalam pembangunan ekonomi hijau dengan potensi pelaburan bernilai RM500 juta dalam sektor tenaga bersih. Pelaburan ini dijangka mewujudkan 421 peluang pekerjaan baharu menerusi inisiatif pembuatan dan pemasangan Battery Energy Storage System (BESS) berteknologi tinggi, sekali gus memperkukuh asas industri serta rantaian bekalan tenaga bersih negeri selaras dengan aspirasi pembangunan jangka panjang Perlis.
- 2026/01/30 9:16 PM
- SUARA MERDEKA
Krabi, Thailand 27 Jan. – Rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Hat Yai sempena cuti Tahun Baharu Cina bulan depan disarankan membuat persediaan rapi termasuk memastikan perlindungan insurans kesihatan dan kenderaan bersesuaian sebelum memulakan perjalanan ke Selatan Thailand.
- 2026/01/30 9:13 PM
- SUARA MERDEKA