Pusat Berita

Pusat Berita

Tapisan Berita

Paling Terkini

Rakyat disarankan agar menjayakan ‘Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna (Single Use Plastics)’ di negeri Perlis dengan penuh sikap bertanggungjawab dan berdisplin.

Kongsi:

Rancang dan hadkan perjalanan merentas negeri walaupun tidak perlu lagi kebenaran pihak berkuasa diumumkan kerajaan disesetengah tempat termasuklah yang telah ditamatkan lebih awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kongsi:

(UIAM) serta Bahagian Pengajian Qur’an dan Sunnah, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Menurut titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berkenan menyempurnakan majlis perasmiannya secara digital, persidangan tersebut berjaya mengupas tentang kewujudan masalah intelektual yang memerlukan perhatian ilmiah. Para ahli akademik terlibat berjaya membincangkan kaedah yang dipersetujui dalam usaha menghuraikan keraguan berkaitan ayat al-Quran dan Hadis yg dianggap sebagai tidak jelas. Ini adalah platform untuk berkongsi pengetahuan dan perbahasan intelektual melibatkan kemusykilan al-Quran dan al-Hadith. Melalui persidangan ini, harapan baginda ialah hasilnya bukan sekadar penyelesaian tetapi juga akan menyaksikan perubahan sikap dalam menangani perselisihan. Tema persidangan ini juga mendedahkan kepada semua tentang pandangan para sarjana yang berbeza dari pelbagai dimensi. Sesungguhnya pembentukan Kursi Jamalullail itu sendiri adalah bertujuan untuk mempromosikan penyelesaian masalah dan penyelesaian konflik sebagai ciri penyelidikan dan pengetahuan. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berharap kepada semua para pembentang kertas kerja, agar perbincangan dan perbahasan tersebut dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dengan membuka jalan kepada mereka untuk terus belajar menghargai kekayaan pengetahuan melalui perbezaan dan perbahasan mengenainya.

Kongsi:

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan sentiasa memastikan penyelidikan berada atas landasan yang tepat walaupun menghadapi pelbagai cabaran, umumnya dalam hal-hal berkaitan kewangan.

Kongsi:

Tahniah dan penghargaan diucapkan atas segala komitmen jitu daripada seluruh keluarga besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Bermula daripada para penyumbang zakat, Ahli Majlis, Jawatankuasa di bawah MAIPs, para Pekhidmat Majlis, Warga Agensi bersama, serta seluruh pendokong MAIPs yang telah seia sekata dalam menjayakan ’Pelan Hala Tuju MAIPs 2015-2020’. Garis masa 2015 sehingga tahun 2020, telah menyaksikan fasa perubahan MAIPs dalam melabuhkan tirai kurun pertama, dengan tema seperti ”Melestari Transformasi (2015)”, ”Memantapkan Transformasi (2016”, ”Membina Asas Kemajuan (2017)”, ”Menjana Kemajuan (2018)”, dan ”Menjulang Kemajuan (2019 hingga 2020)”. Jika diamati, 5 tema tersebut seakan mempersiapkan MAIPs untuk menuju mercu jaya bermula dari rancangan Pelan Transformasi Pengurusan MAIPs 2011. Tema-tema berkenaan telah diangkat menjadi fokus yang akhirnya mencorakkan gaya dan tindakan MAIPs bagi menjalankan fungsi dan peranannya’. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan ‘Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 Peringkat Warga Kerjanya’ yang diadakan di perkarangan Pejabat MAIPs di Pengkalan Asam Kangar. erdahulu simbolik pelancaran rasmi disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddinerdahulu simbolik pelancaran rasmi disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj. Mohd Nazim Mohd Noor. Jamalullail di Istana Arau. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj. Mohd Nazim Mohd Noor. Turut hadir ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hj. Hazman Hassan. Menurut Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs’, ‘Kita kini berada di penutup tahun 2020 yang bakal menutup Pelan Hala Tuju MAIPs 2015-2020. Sudah banyak ’perit jerih’ serta kenangan manis ’suka’ dan ’duka’ yang kita kongsikan bersama. Ianya tersimpan erat dalam lipatan sejarah yang sewajarnya menjadi pedoman, pengajaran dan pengalaman untuk organisasi ini meneruskan perjalanannya.’. Tambah baginda, pihak Pengurusan MAIPs dan seluruh agensi bersamanya disarankan agar terus menggunakan kesempatan yang masih berbaki ini untuk melaksanakan post-moterm dan bermuhasabah dengan menilai kembali segala prestasi atau pencapaian terhadap perancangan yang telah disasarkan. Penilaian kendiri wajar dilaksanakan oleh setiap organisasi dalam menetapkan langkah yang perlu diambil untuk masa depan yang lebih gemilang. Mengenjak ke lembaran kurun kedua, MAIPs dilihat tampil yakin mempamirkan citra sebagai sebuah organisasi yang sentiasa menaungi seluruh Ummah. Segala inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanakannya, semakin terserlah akan hasil dan impaknya.

Kongsi:

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis perasmian ‘Persidangan Antarabangsa Kerusi Jamalullail Untuk Sunnah Nabawiyyah (JCIC1)’ secara digital pada pagi tadi. Persidangan antarabangsa selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 November 2020 ini dianjurkan buat julung kalinya oleh Pejabat Kursi Jamalullail Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Bahagian Pengajian Qur’an dan Sunnah, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Sebanyak 92 kertas kerja akan dibentangkan secara maya oleh para pembentang daripada dalam dan luar negara termasuklah Indonesia, Brunei Darussalam, Arab Saudi, Palestin, Mesir, Kuwait, Yaman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Qatar, Iraq, Bangladesh, Turki dan Libya, selain negara tuanrumah Malaysia. Tuanku Raja Muda Perlis menitahkan bahawa persidangan antarabangsa ini turut menggambarkan matlamat dan hasrat Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenaan penubuhan Kerusi Jamalullail di UIAM itu sendiri’. ‘Tema persidangan ini bukan sahaja mengetengahkan masalah yang sangat penting dalam disiplin, tetapi juga menyiratkan pentingnya mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah melalui pengetahuan dan perbincangan objektif’. Persidangan ini juga bertujuan membentuk masyarakat yang lebih selari dengan kekayaan dan kemampuan menyesuaikan teks-teks Al-Quran dan kenabian, sekaligus meningkatkan kesedaran akan perlunya pendukung yang kuat sebagai dasar perbahasan. Menurut baginda, antara objektif utama kewujudan ‘Kerusi Jamalullail’ di UIAM adalah bagi menyebarkan pemahaman tentang tradisi keilmuan Islam secara objektif seperti yang dikatakan oleh tradisi itu sendiri dan bukan sekadar dengan mengikuti tafsiran yang impulsif dan tidak dapat diramalkan. Kesan yang diperolehi daripada usaha para akademik ini diharap akan mampu menempatkan kita pada jalan yang benar dalam menghargai perbezaan serta beroleh keberkatan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW dalam salah satu hadis Baginda. Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, ‘Kegagalan memperbaiki kesalahfahaman oleh para sarjana akan menimbulkan kepincangan di kalangan masyarakat umum, yang boleh mengakibatkan perpecahan di samping intoleransi dan ekstremisme’. Untuk rekod, UIAM dipertanggungjawabkan dalam penubuhan Kerusi Jamalullail bagi memilih calon yang sesuai untuk menerima biasiswa tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) merangkumi 50 penuntut peringkat Doktor Falsafah (PhD) kategori ‘asnaf’ dari Perlis dan juga negeri-negeri lain.

Kongsi:

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content